Sunday, 8 May 2011

hari emak

gua kalau nak diikutkan, memang rare sangat la nak sambut hari-hari apa pun yang ada kat dunia ni.
tak kira la hari raya ke, hari isnin ke, hari pekerja ke, ah tak kira la hari apa pun.
sebab hampir seluruh hayat gua bekerja ni, diisi dengan jadual-jadual bekerja secara shif.
so memang takdela istilah hari minggu ke, hari wesak ke, hari wilayah ke, atau hari malaysia yang baru lu orang sambut pertama kali tahun lepas.
kalau kena hari-hari di atas tu hari gua kerja ikut jadual, gua bantai je la kerja buat-buat macam hari isnin selasa rabu.
even hari jadi gua sendiri pun gua rasa gua tak pernah nak sambut, apa jadah pulak gua nak sibuk-sibuk sambut hari jadi orang lain.


tapi tahun ni, gua rasa macam terpanggil pulak nak wish kat mak gua 'selamat hari ibu.'
ish bunyik macam buang tebiat je kan. risau pulak gua.

mengimbau kembali kenangan lama, ada satu hari tu, time tu gua sekolah rendah lagi.
biasa la budak-budak baru nak up macam gua time tu memang rebel.
hero la katakan.

ada kes hari tu gua dah lupa kes apa, gua dah melawan cakap mak gua.
gua rasa ada la kot kes gua betah cakap dia sebab gua tengah nak kelam-kabut main bola kat padang. gua blah macam tu je.
bila balik rumah je time maghrib tu, gua cemas.
maunya tak cemas. kalau lu orang tengok mak lu orang tengah layan nangis kat ruang tamu, memang bangsat la kalau lu orang tak cemas langsung.
nak kata mak gua nangis sebab layan hindustan kat tv, lagi la mustahil.
sebab itu jam tv tengah tayang doraemon.


gua dah rasa macam cilake dah masa tu.
gua saspek mak gua mesti rasa kecik hati giler pasal kes gua lawan dia petang tadi ni.


apa lagi, gua pun join la dia menangis. konon-konon menyesal dan minta maaf la gayanya. sambil gua peluk mak gua.


"kau ni apahal ni, bang?" dalam pada mak gua membiarkan gua peluk dia, sempat dia sound gua direct.


pehh lagi la gua cemas der! ni kalau tiba-tiba mak gua tak mengaku anak, memang sah gua masuk neraka kalau mati ni!


"dah pegi mandi tu! terus ke surau. mak sakit gigi ni."


chooiii!! mak gua memang pandai bergurau.
buat penat gua cemas je. rupa-rupanya kes sakit gigi.
ingatkan sakit hati kat gua.
lega gua.


di samping mengewish kat mak gua selamat hari ibu, gua pun nak wish jugak kepada ibu-ibu yang lain.


kangar


johor bahru


kota bharu


kuala terengganu


kuantan


paroi, eh seremban


ipoh


shah alam? haa yang selangor ni gua tak konfem


alor star


penang? aiseh ni pun gua tak konfem


kota kinabalu


kuching


baghdad


jakarta


moscow


yang ibu-ibu lain tu, lu orang pikir la sendirik. takkan la gua nak sebut satu-satu! tokey babi pun jual kandang!


cilake!!
hari ibu dah nak expired dah ni.
tapi jin mana pulak yang sampuk gua sampai gua terlupa nak tepon mak gua ni!


 

No comments:

Post a Comment