gua bangun pagi tadi dengan hati yang memang macam lahanat punya gundah.
cilake! hari ni ada mesyuarat kat JKO. mati gua! mati!
JKO pulak semalam memang dah siap-siap sound kat bos gua suruh bawak gua sekali.
mula-mula tu memang la gua rasa ada membangga diri sikit.
perrgghh ini meeting JKO der. bukan calang-calang jibauk yang boleh attend meeting ni. bukan kecik-kecik anak bilis punya hal.
kalau rasa diri tu tak cukup otai, ada baiknya duduk kat skuadron masing-masing main fesbuk.
jangan nak mengada-ngada join otai-otai ni.
so bila gua personally dapat jemputan gaya-gaya gitu, huh, memang dah layak la gua kalau nak berlagak pun kan. tapi kenapa gua berperasaan macam lahanat?
sebab bila gua tengok senarai kehadiran semalam, gua yang paling muda. dah la paling muda, gua yang paling junior pulak tu!
apa gampang yang berlaku ni? gua rasa gua tau taktik-taktik orang JKO tu beria-ia suruh bos gua bawak gua sekali masuk meeting tu.
so pagi tadi sepanjang gua berak, sepanjang gua mandi dan sepanjang perjalanan kepala otak gua ligat nak pikir macam mana cara gua tak nak masuk meeting tu. kalau gua buat-buat macho masuk jugak meeting tu, memang masak gua.
kalau lu orang suruh gua guling-guling, side roll, forward roll, hatta kalau suruh gua merangkak dari subang ni sampai ke vietnam tu pun gua sanggup der. tapi kalau nama nak suruh gua masuk meeting semata-mata nak taichi gua jadik setiausaha, conteng-conteng kertas jadikan ia minit mesyuarat, memang tak dapat la jeeekkk. gua tak sanggup.
pergi jahanam! gua dah dapat idea.
gua nak pegi RSAT nak lapor sakit. gua nak berlakon kena cirit-birit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment