itu hari masa 1 mei, gua balik kampong. setelah sekian lama, gua pun tak berapa nak ingat bila last gua balik.
kalau otak gua masih waras lagi, gua rasa last masa raya cina itu hari. cilake! boleh tahan lama jugak tu!
kampong gua kat lumut tu pun, bukannya jauh mana pun dari subang ni ha. kalau ikut jalan dalam, tolak terus je tak berenti kencing apa semua, dapat la pukul dalam dua jam setengah.
jadi gua pun amik keputusan berfikiran singkat - potong ikut jalan dalam la.
perjalanan merangkumi ijok - kelip-kelip kg kuantan - bukit rotan - kuala selangor - les sekinchan - tanjong karang - homestay sungai haji dorani - sg besar - teluk intan sikit-sikit - dan terus ke pintu pagar rumah gua.
kejadah apa nak lalu ikut hiway time-time duit tak berapa nak ada ni.
gua bajet jalan mesti tak jem punya. sebab hari tu hari ahad. esok hari senin, masih cuti lagi.
kalau nak jem pun, mesti time esok kan..?
tapi memang betol la kata orang-orang tua. orang muda pun ada kata jugak - malang tak berbau.
gua pun dah tak ingat kat celah mana punya area. setiap kali ada trafik lite je, dia punya jem membawak kepada sangkut tepu 30 minit.
gua pun tak tahu apa sial yang dah melekat kat badan gua hari tu.
padahal jam baru pukul 1 petang!
apa gampang pulak yang berlaku sampai boleh jem kat area luar bandar ni!
satu trafik lite dok ada sangkut paling busuk pun 20 minit.
lu orang guna la otak sendirik kalau ada sampai 12 trafik lite yang gua nak kena lalu.
tokey babi pun jual kandang camni.
apasal la dorang ni semua time-time ni la nak kuar tunjuk keta masing-masing!
time-time tengah hari ni, duduk la diam-diam kat rumah dengan anak bini. layan melodi ke, astro warna ke, maharaja lawak ulangan punya ke.
bagi la peluang kat orang bujang macam gua nak merempit dengan kereta buruk gua tu.
takde aktiviti menarik pun yang boleh gua buat masa sangkut kat trafik jem tu.
melainkan secara istiqamah dan konsisten gua memaki hamun driver-driver bengap yang tak reti nak beratur masa kat trafik lite.
main senyoh je tak pikir orang lain.
babi la lu orang! lu pikir lu sorang je yang nak pakai jalan?
lu pikir lu sorang je keta ada road tax?
abis tu road tax gua yang baru renew ni nak campak mana? celah bedah?
berkat kekentalan hati gua, akhirnya gua sampai ke satu trafik lite yang gua agak-agak familiar jugak la.
gua saspek itu la trafik lite yang terakhir yang gua rasa kena patah ke kanan.
tapi gua was-was jugak. sebab sebelum trafik lite tu, gua punya landmark ialah shell stesen minyak.
tapi gua tengok kiri kanan gua haram takde tanda-tanda kewujudan stesen minyak pun kat situ.
dalam pada memikir nak patah kanan ke atau nak angkat terus, gua nekad tak pulas stereng. gua angkat terus.
lepas dalam 10 minit tu, gua dah rasa tak sedap badan.
gua macam tak penah lalu pun area jalan ni. signboard arah ke teluk intan yang sepatutnya bersepah, terus tak nampak rupa.
so gua saspek gua dah salah masuk lubuk ni. ini bukan kawasan mainan gua ni.
untuk mengesahkan apa yang gua buat tu betul atau salah, gua nekad untuk menggunakan teknik tradisional.
gua berenti kan kereta.
"der, tumpang tanya, mana jalan arah nak ke lumut?" gua tanya pada seorang brader yang gua syak dengan yakin bahwa beliau adalah orang malaysia.
sebab sebelum ni melilau mata gua tengok kiri kanan semuanya bangla dengan vietnam je.
cibai! itu sahaja pun dah membazirkan masa gua dalam 7-8 minit.
"laaa brader dah terlajak jauh dah ni. jalan ni kalau nak pegi bagan datoh boleh la. tak boleh lajak ke lumut. kalau nak ke lumut jugak ikut jalan ni, ke depan sikit, amik bot. ikut jalan laut."
cilake! bebal gua masa sangkut kat jem ni belum hilang lagi, kutu ni pulak cuba nak buat lawak.
kang gua lempang kang saje je berterabur.
"patutnya kat trafik lite belakang tu, kalau brader dari selangor, brader kona kanan." kutu tu sambung lagi.
"laaa ye ke? eh tapi bukan patut ada shell ke sebelum trafik lite tu? mana pegi? gua selalu rujuk shell tu je pun sebelum amik kanan."
"brader ni dah baper lama dah tak balik kampong ni? shell tu dah setahun dah melingkup. lepas kena samun dengan mana punya mat indon sawit entah, terus tutup kedai."
babi! apasal gua boleh tak perasan ni?
bila gua pikir-pikir balik, gua rasa gua baru je balik masa raya cina hari tu.
tapi bila gua pikir-pikir balik secara ilmiah, gua pun tak dapat nak pastikan hari raya cina yang mana satu.
yang tahun lepas kah, atau yang dua tahun lepas kah, atau yang 13 tahun lepas.
cilake!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment