Saturday, 14 May 2011

karak - satu kepujian

perrghh baca tajuk pun dah ngeri tu!
gua bukan nak cerita pasal hantu-hantu yang dok melilau kat karak tu.
setakat hantu tu, huh, apa la sangat. pasal gua pun travel siang masa lalu karak tu.
ni gua nak cerita pasal ada makhluk yang gua lebih cuak lagi kalau jumpa tengah-tengah hiway karak tu.

masa bulan april yang lepas, rutin gua la pegi ke kuantan buat currency radar.
selesai tugas, gua siap la nak balik ke subang.
tapi yang palatnya, road tax gua dah lama mati bulan mac yang lepas.
maunya tak cuak.
dari subang ke kuantan hari tu pun masa datang, gua gamble je.
tawakal kata orang melayu islam.

so nak tak nak, balik tu pun gua gamble la eh tawakal la jugak.
dalam pukul dua petang, lepas semayang jumaat pekena ikan bakar apa yang patut, gua gerak la.

dalam pada gerak-gerak tu, gua memang dah prepare dah apa yang gua nak kencing kalau tiba-tiba datang pulak polis yang rajin sangat nak buat road blok time-time panas terik ni.

sampai je lepas jambatan kat temerloh tu, gua tengok kereta dah banyak sangkut.
huh ni memang gua dah agak dah awal-awal lagi.
ini kalau kereta banyak yang sangkut ni, tak bukan kes ada road block la ni kat depan tu.

gua nak patah balik, memang haram la.
dah nama pun kat atas hiway, apa kelancau nak ada u-turn tengah2 jalan tu!
nak tak nak, gua senyoh je la road block tu. dengan harapan brader polis tu tak perasan la perihal road tax gua ni.

sampai je kat road block tu, hati gua memang dah goyang sangat dah ni.
kena pulak time tu gua prepare alasan je. tapi duit pijak gua tak prepare la pulak! cibai!

"encik, tolong parking kat tepi tu encik.."

rilek je brader polis tu mengarahkan gua.
bangsat! ni memang dah kantoi la ni. takpe, takpe.
ini baru fasa pertama. ada banyak fasa lagi yang gua nak kena lenjan sebelum kena sain surat saman ni.

"encik punya road tax ni dah expired dah ni."

pehh memang kena getah gua kali ni. brader polis tu memang perasan.

ok! masa untuk mengeluarkan alasan yang gua rasa paling bangsat sekali dalam sejarah ketamadunan manusia.

"eh eh cikgu. apa pulak dah expired. kan hidup lagi tu." itu dia perenggan pertama dari gua.
gua memang saja address brader-brader polis ni sebagai cikgu. so nanti dorang tau la yang gua ni anggota jugak.

"kan road tax gua tu mati bulan lima kan..?" gua tambah lagi kenyataan yang berbaur keyakinan.

"encik jangan macam-macam. kan road tax encik tu mati bulan mac."

"laa memang la mati bulan mac. bulan mac kan bulan lima. sekarang ni baru bulan empat kan.."

gua jawab sepenuh konfiden. gua kena control segala nada pertuturan, reaksi, gerak laku dan bahasa tubuh gua agar gua tak kantoi menipu.
sebab gua tau puak-puak polis ni memang pandai nak trace kalau kita menipu ke tak.
tapi dorang tak tau yang gua ni dah well-trained dah benda-benda macam ni.

"oo bulan mac tu bulan lima ye? ok sekarang encik sebutkan bulan dari januari sampai ogos."

gua masih dalam mood control. dan seperti yang gua dapat ramal, memang dia akan suruh gua buat benda-benda macam tu punya.

"err.. januari, februari, mei, april, mac, jun, ju....." pehh tak sempat gua nak sebut julai tu.

"oppss stop stop. lain macam je susunan bulan tu saya dengar. hoi! mac bulan apa?"

hah soalan tu bukan untuk gua. tapi dia tanya ada sekor kutu drebar lori yang tengah tunggu nak sain saman.

"mac bulan tiga, tok" cilake punya drebar lori! selamber je lu kantoikan gua.

"err laaa ye ke cikgu? gua mati-mati ingat yang bulan mac tu bulan lima. err salah susun la pulak."

gua terpaksa membuat sengihan paling busuk sekali. nak buat camne, dah kantoi.

"saya ni dah 17 tahun bergelumang dengan road block ni. dan ini adalah alasan yang paling cilake sekali yang penah saya dengar. tak penah lagi ada orang buat alasan style-style macam ni encik tau tak."

"errr tau , cikgu."

cilake!
penyudahnya surat saman yang gua sain dari temerloh tu, sampai ke subang gua buat lay out kat atas dashboard.
kalau ada 18 road block kat tengah jalan, memang gampang la kalau nak kena saman jugak sampai 18 kali!

tengah-tengah hiway nak renew road tax apa ke bananya!
kalau boleh renew pun, gua tak kan renew.
duit takde!

No comments:

Post a Comment