Sunday, 19 June 2011

hari bapa - edisi a.c.a.b.



Terkenang bersama mengejar pelangi
menempuhi rintangan onak berduri
kesabaran mengiringi
menanti terbitnya mentari

Telahku masih mengejar impinan ini
harapan ku ini masih belum lagi mati
tak mudah melupai
erti perjuangan ini

Genggam...tanganku
kubawa...bangunkan kau semula

Gengamlah...
tanganku...
ku...bawa...kau semula...

Terkenang bersama mengejar pelangi
menempuhi rintangan onak berduri
percaya kata ku ini
kan ku bawa kau kembali

Genggam...tanganku
ku..bawa...bangunkan kau semula

Genggamlah...
tanganku...
ku..bawa...kau semula...

"balik cepat. ayah masuk hospital."

pendek dan tajam je kakak gua sound kat dalam talipon lebih kurang tujuh tahun yang lepas, langsung terus memutuskan talian.

serius, itu je yang dia cakap.
hospital mana, tak payah nak bagitau. sebab kat kampong gua ada satu je hospital.
memang nampak sangat bangangnya gua ni kalau gua bantai tanya jugak.
nak tanya pasal no wad atau no katil, cari pasal namanya.
time-time macam tu, jangan buat nak bertanya bagai-bagai.
makan maki je penyudahnya karang.
dah orang suruh datang tu, datang je la cepat-cepat.
kang dah sampai hospital, pandai-pandai la carik.

lepas je kena sound style-style macam tu, gua tak tunggu lama.
terus gua start motor TZM gua, rempit ke hospital.
time-time macam tu jugak, memang tak kena sangat gayanya kalau gua cucuh rokok barang sebatang sambil nak tunggu enjin panas.

sepanjang-panjang perjalanan gua merempit dari wisma samudera tu, haaa lagu kat atas tu la yang gua dok ulang-ulang entah berapa juta kali.
sebab gua harap sangat bila gua sampai hospital nanti, gua akan sempat tengok ayah gua bernafas lagi.
lagi pun jarak antara tempat gua dengan hospital tu bukannya jauh mana sangat.
gua penah buat rekod tujuh minit je.

kes lampu isyarat tengah merah tu, memang gua buat-buat tak nampak je la.
tapi kalau ada mana-mana kutu polis trafik yang berani tahan gua kat tengah-tengah jalan tu, memang kat tepi jalan tu jugak berterabur gua lempang sekor-sekor.
tapi nasib baik la takde polis yang berani tahan gua.
tau takut.

sampai je kat hospital. gua nampak mak gua tengah menangis kat tepi sekujur tubuh yang nampak sangat terbujur kaku.
bukan kecik-kecik anak bilis punya style nangis ni. lain macam sangat dia punya nangis ni.
dan pada masa tu jugak, akal waras gua secara laju menghantar signal ke otak gua melalui telepathy darjah sederhana.
gua tak sempat.
rempit gila punya laju pun dah tak guna.

nak join mak gua menangis, lagi la tak guna.
gua sebagai abang sulung, tak boleh tunjuk reput layan nangis-nangis ni.
kalau adik-adik gua tengok gua nangis, hilang pulak harapan dorang kat gua.

tapi itu cerita tujuh tahun dulu la.
sekarang ni ceritanya sekor-sekor dah besar. siap dah pandai nak melawan pulak tu!
tapi tara mana sangat la dorang nak melawan dengan gua.
bila gua takde, sekor-sekor bergaduh nak jadi champion.
tapi bila gua ada kat rumah, tau pulak dorang menikus.

jadi sempena hari bapa ni, gua takde nak wish apa-apa ataupun kat saper-saper.
dah tak relevan dah hari bapa kat gua ni.
gua nak wish kat saper jadah?
bapak mentua pun gua takde.
nak wish untuk diri gua sendiri, lagi la mengarut.

lagipun bapa-bapa zaman sekarang ni bukannya boleh percaya sangat.
bersepah kat surat khabar gua baca bapa=bapa yang cilake rogol anak sendirik. ptuuiihh!
lagi-lagi kalau harian metro.
kalau kes-kes macam ni tak jadik muka depan surat khabar tu, gua kerat konek gua.. punya kawan!

Wednesday, 15 June 2011

gangguan makhluk tamar jalis

semenjak empat lima menjak ni, gua rasa aturcara kehidupan gua dah tak berapa nak normal la.
body clock gua pun dah rasa macam berterabur dah.
semuanya tak keruan.

dan sepanjang-panjang menjak itu la, tidur malam gua asyik terganggu je! cilake!
bukan setakat terganggu je, tapi memang langsung haram tak boleh tido la senang cerita.

kadang-kadang, gua siap tutup lampu apa suis semua. tinggal pasal ekon je.
golek sana, golek sini, dengan harapan mata gua ni tak buat perangai degil nak tido.
tapi segala usaha gua sia-sia belaka.

hmm gua ingat satu hari nanti, kalau hal ni masih berterusan juga, gua nak pegi kampong jawa la.
ingat nak gi berubat dengan seorang wak tu.
try tengok apa cerita sebenarnya yang berlaku ke atas diri gua ni.

tapi sebelum gua pegi berubat tu, gua kena try balik keja je, terus bersukan apa yang patut.
sebab selama ni, lepas je gua balik keja pukul 5 petang gitu, gua santak tido je.

kadang-kadang gua terbangun dalam pukul 9 malam.
tapi selalunya gua terjaga dalam pukul 11 malam la.
itu pun sebab lapar.
atau pun sebab ada kutu kejut gua bangun.
suruh gua masuk bilik air. mandi.
gua mengigau katanya.

lepas tu terus gua susah nak tido sampai ke pagi.
itu yang gua pelik tu.

Monday, 13 June 2011

berdua lebih baik

"perrgghh cilake lu dah pakai gibson sekarang ek!"
kagum seekor kutu bernama nazri usai melangkah ke dalam bilik gua.


mana lu dapat ni?

berapa?

lu beli dengan saper?

bak sini gua test sepam dua.

soalan tiga serangkai plus satu ayat mengepow dari lahanat tersebut.

dua soalan pertama tu gua jawab selamber punya takde tipu.

"gua pegi beli dengan..."

haa part soalan yang ketiga ni gua tak dapat nak abiskan.

nazri yang sedari tadi kelakuannya dah persis mawas jakun, macam la tak penah jumpa gitar, tiba-tiba berhenti langsung memandang tepat kat muka gua.

"heterotopia ni der, heterotopia ni!"
nazri seperti sudah memahami akan sebab musabab ayat gua yang tergantung tu.


cilake punya nazri!
tak boleh ke kalau lu bagi dua soalan je? ni nak jugak lu tuju soalan yang ke-tiga tu.


tapi kesian pulak gua tengok bila jibauk tu letak balik gibson yang dah sediakala berada di genggamannya tu. 


"takpe la der, gua letak balik la gibson ni. gua test ibanez je la. kang dengar sound gibson ni kang, ada pulak yang melalak terjun tingkap ni kang."


diam la syaitan!!

the benda besar seterusnya yang bakal gua tolak. takpe, gua masih ada dua lagi sahabatnya di sebelah tu. kata orang tua-tua, tak baik amik gambar bertiga.







Saturday, 11 June 2011

sepuluh tahun bukannya lama

10 tahun lepas, BMI semua mantap-mantap. Sekarang kutu semua BMI dah jahanam dah. Kalau yang menten pun, tinggal gua sorang je. Gua sendirik pun tak cam gua yang mana satu.



ya. takde la lama mana pun.
hari ni, genap sepuluh tahun gua berada di bawah titah dan perintah seri paduka baginda.
hang tuah lima bersaudara tu pun berkhidmat bawah sultan ada la dalam enam ke lapan tahun.
maknanya dia tak boleh celen gua lagi la.

dan gua sambung khidmat gua selama tiga tahun lagi.
selepas tiga tahun tu, gua akan sambung selagi gua boleh.
dan selagi airforce ni tak reject gua la.
sebab kalau gua tak menyambung, apa kerja yang boleh gua buat kat luar tu?
gua bukan ada kelulusan apa pun.
setakat pengalaman dan skill je la.
itu pun skill pecah stor.
dan skill macam mana nak tipu pendakwaraya kalau kantoi. pendakwaraya yang bangang je la.

itu pasal la gua paham benar kalau ada makwe-makwe yang ragu-ragu nak kawen dengan gua.
kalau pasir tu boleh dibuat nasik, dan rumput ranting pokok tu boleh dibuat lauk, haa silakan la kawen dengan gua.

sedikit ucapan untuk kawan-kawan atau skot gua;

untuk kutu-kutu yang tak menyambung dan dah keluar servis efektif hari esok,
gua harap lu orang berjaya dengan karier baru lu orang kat luar tu.
memang gua harap-harap sangat lu orang berjaya.
at least lepas tiga tahun kalau gua gagal menyambung, boleh la gua menumpang kasih dan melukut di tepi gantang.
tiga tahun kalau buat bisnes restoran ke, kedai tayar ke, jadik bapak ayam ke, buat makmal syabu ke takkan tak boleh establish lagi kan?

nanti boleh la gua minta kerja kat lu orang.
tapi kalau lu orang buat-buat tak kenal dengan gua, memang kat situ jugak gua kahakkan muka lu orang.

mana yang kerja makan gaji tu, jangan la lu orang bawak perangai musibat lu orang tu ke luar.
jangan sampai gua dengar lu orang baru tiga hari kerja, pastu kena tendang.
lu orang ingat kursus peralihan tu main-main punya kerja ke?
itu semua kursus nak ubah lu orang daripada seekor lahanat yang pemalas kepada rajin.


untuk malaun-malaun yang masih berada dalam servis ni, dan siap dah lulus exam mejar tu,
jangan la lu orang buat-buat pandang sepi pada puak-puak yang sah-sah kantoi exam macam gua, etong, pais dan seangkatan dengan kami.
sebab kalau semua orang nak lulus, saper yang nak gagal ye tak? tak pe la gua berkorban.

lusa dah boleh pakai 'setia' dah.
tapi gua dengan etong memang dah pakat takkan pakai pingat tu sekurang-kurangnya sampai tahun ke-13 nanti.

haa untuk mana-mana haram jadah yang belum kawen lagi tu,
cilake lu orang nak tunggu apa lagi? nak tunggu dapat regular baru nak kawen?
hoi ijad dengan megat pun dah lepas kali ke-dua la.
hisham pulak gua dengar tengah ushar PA komander. dia nak buat kali ke-tiga.
jangan sampai gua datang kenduri lu orang pakai baju batik je kang.


Antara lima daripada sebelas ekor musibat rumah 'C'. Dua ekor masih teruna.
 

Thursday, 9 June 2011

bukan gua la

gua lupa bila time yang setepatnya, tapi agak-agak gua ada la dalam tahun 2006 kot.
masa tu gua dengan paran involved dengan satu eksesais carilamat kat kuching tu.
walaupun ada disediakan hotel, tapi memang sedari azali lagi jenis gua ni yang tak berapa nak layan dok kat hotel.

makanya, bila sampai kat kuching tu, gua port la kat bilik khalid.
kutu ni memang stay kat mess pun.
lagipun kat mess kuching tu memang penuh dengan berahak klik-klik gua.

entah apa sial yang melekat, malam tu boleh pulak black-out.
jadi gua dengan beberapa ekor kutu terus melakukan satu aktiviti yang up jadik.
apa lagi yang boleh dibuat kat bandar besar macam kuching tu - keluar lepak bar hotel, layan live band la.

dengan berbekalkan cahaya suram yang melimpah daripada zippo gua, gua pun selongkar la almari baju seluar khalid.
dengan tujuan mencari baju untuk disesah.
sebab eksesais pun ada dalam dua hari je, gua takdela gila sangat sampai nak bawak baju banyak-banyak.
lagipun membelasah baju member juga adalah merupakan satu amalan wajib gua sekiranya bertandang.
save tu.


yes. gua dapat satu baju t-shirt round neck kaler hitam.
cantek. 
tengok gambar kat baju tu, lagi la cantek!
john lennon. 
memang legend ni.
ni kalau gua pakai baju ni, paling busuk pun mau ada harap sangkut tak kurang daripada tiga ekor makwe ni.
silap-silap gaya, dengan makcik-makcik pun boleh sangkut dengan gua ni kang.



sampai ke tempat yang dituju, kami, dok ada la dalam empat orang, port kat satu meja.

sebelah meja kami tu, ada satu group makwe lima ekor.
boleh dikatakan agak hot jugak la semuanya.
yang tahap milf pun ada jugak.
milf la yang gua suka ni.


tak lama, sejam lepas tu, member gua dah siap ngayat group tu lepak minum sekali kat table kami.
siap sekor-sekor dah ayat masing-masing punya.
so secara matematiknya, ada la belen dua ekor makwe untuk gua.


tapi biasa la, sebagai seorang yang pemalu, kes-kes nak bertegur sapa dengan makwe ni memang gua tak berapa nak berani sangat.
setakat tengok-tengok je la.
dalam pada tu, gua try gak ushar-ushar, mana la tau kot-kot bapok ke. makan tak abis gua kalau kena bapok.


tapi satu je yang gua perasan, apasal gua tak diberi perhatian time tu.
sebab gua tengok, ada lahanat yang muka lagi pecah dari gua pun, ada jugak dapat ngayat.
tapi gua? dah rasa macam mengkarung dah kat situ.
tapi asalkan kat depan ada live band, pegi lantak la dengan makwe-makwe sekeliling.


balik je, kat mess dah ada karan dah.
time gua nak bukak baju tu, mata gua terbeliak.


cilake!!
lu memang sial la khalid!
pasal apa lu boleh ada baju yang jenis-jenis macam ni pulak ni?


gua bukak je baju tu, gua campak terus ke luar!
lahanat!
patutla takde sekor makwe pun yang nak dekat kat gua tadi!




rupa-rupanya itu bukan gambar john lennon!
apa ke gampangnya gua boleh pakai baju ada gambar eric clapton pulak ni!

 

Wednesday, 8 June 2011

heterotopia - edisi wolverine

serius taik punya; gua pernah dulu bercita-cita nak masukkan logam adamantium ke dalam badan gua.
cuma sampai tak dapat nak buat sebab gua tak tahu kat mana nak cari benda alah tu.

gua ingat, lepas setahun, gua boleh deal dengan hidup gua.
rupa-rupanya seekor kutu maya telah memperkenalkan dengan satu err disorder kot nama dia.
entah la. gua pun tak tahu yang heterotopia ni sesuai ke tak untuk digunakan ke atas gua.
kalau tak sesuai, pegi lantak la. gua nak pakai jugak!

untuk benda-benda yang berbentuk jasad dan jisim, gua akan let go satu persatu.
tapi takde la gua terdesak sampai nak tolak murah sangat.


untuk let go sesuatu yang dah lama sebati dalam badan dan memori gua, haaaa itu pasal la gua nak jadik wolverine.
bila adamantium tu dah ada kat dalam badan gua, gua akan suruh la saper-saper tembak gua dengan peluru adamantium.
rujuk cerita 'wolverine: x-men origin'.
cilake benda-benda camtu tak payah la gua nak bagitau pulak.


tauke wong, gua nak tolak rumah gua. sebelah tangan gua tolak.

 

Monday, 6 June 2011

heterotopia - satu mukadimah

gua rasa lain macam je la malam ni.
semacam je dia punya rasa tak stabil.
selalu kala ada rasa yang gaya-gaya macam ni, rutin gua ialah lajak ke kedai gangga's, capai dalam setin dua, pastu drive merata-rata.


tapi malam ni sebab gua malas nak keluar, makanya gua rajinkan diri gua untuk menggunakan otak bagi mencari punca ketidakstabilan emosi bajingan gua ni.
sebab guna otak je, tak guna tenaga, tu yang gua boleh layan tu.
time-time gua malas macam ni, kalau ada makwe blok sebelah ajak gua main pun tak pikir panjang gua halau balik je.


heterotopia.


gua rasa itulah menatang haram yang sedang menderitakan diri dan raga gua.


menurut wikipedia, heterotopia ni dia macam..
eh kepala bana apa pulak gua nak kena huraikan tentang benda ni?
lu orang carik je la sendirik!
sekor-sekor kan tengah online tu. google je la cilake!


nampak macam berat je cerita yang akan gua ceritakan kat sini ni.
kalau lu orang dah abis wiki benda tu, memang betol punya berat topik ni.
gua pun ada makan hari nak pahamkan apa yang si jibauk wiki tu huraikan pasal benda heterotopia ni.
jadi malam ni, gua akan huraikan tentang satu benda hal yang memang tahap babi punya berat.


tapi, sebelum gua teruskan usaha gua untuk menghuraikan binatang heterotopia yang memang dah sah-sah berat ni,
gua rasa ada baiknya gua huraikan kat lu orang satu benda yang boleh tahan jugak dia punya berat.


fais ismail. (nama sebenar seperti tertera di akaun fesbuk)


haram jadah ni punya berat badan pun boleh tahan tak masuk dek akal jugak.


huraian:- lahabau ni memang nir rojiiimmm..
 

balada si pemalas

gua pun tak tahu la apa kes si isrul azwan ni dengan orang johor.
terutamanya orang-orang area muar.

mengimbau kembali pengalaman yang pernah beliau alami, setelah gua desak beberapa kali.
dah IC gua 01, mesti la gua tak puas hati.
apa ke lahanatnya kata orang-orang johor ni pemalas.
nak mati?

ikuti laporannya;

petang tu, selepas balik daripada buat sword bearer kat mana punya yahudi yang dok kat area JB tu, azwan, rahim dan azmir pulang semula ke sarang mereka di butterworth tu.
masuk je area muar, berahak tiga ekor yang naik satu kereta ni pun berenti kat sehelai warung kat tepi jalan.

brader warung : minum bang?

rahim : ya. milo ais satu.

azmir : nescafe ais satu, bang. makan taknak.

azwan : neslo ais bang.

brader warung : neslo ais takde bang.

azwan : eh apahal takde pulak? ni kutu dua ekor ni mintak sorang milo, sorang nescafe. takkan neslo saya pun tak boleh buat pulak?

brader warung : malas!

dan menurut rahim, petang tu jugak azwan declare perang kat orang-orang johor! macam cilake katanya.


dan juga dek kerana mengamuk, serta merta milo dan nescafe mereka tu dikensel oleh azwan secara veto.
nak minum kat melaka je katanya. dia dah taknak tengok dah ada signboard yang berkaitan dengan johor-johor ni.
itu kalau dibiarkan lama kat muar tu, ada satu kampong tu kang kena bakar dengan azwan tu.


tapi bila gua ingat-ingat balik, ada asasnya juga sentimen jaki si azwan ni terhadap orang muar ni.

sebab ada sekor kutu nama mat khair, orang muar jugak.
dia punya tahap pemalas tu, unta padang pasir pun takde pemalas macam dia ni.
bila suruh buat keja sikit, atau mintak tolong je, ayat wajib yang akan keluar dari tekak dia ialah
'malas! malas! malas!'
 

siri bercakap dengan bola - Ep 3 ; gua tak mintak banyak

hampir empat tahun, kali terakhir gua main bola padang, sejak gua layan satu pembedahan ACL di lutut kiri gua ni.
kalau nak sembang pasal main bola ni, gua dah start jadik legend sejak darjah empat lagi.
lu orang agak-agak dah berapa tahun dah tu?

gua cerita ni termasuk la kisah-kisah masa gua tak rasmi jadik pemain bola dulu.
kira masa main kat kampong gua la masa kecik-kecik dulu.

tapi satu fakta yang gua nak reveal di sini ialah;
gua tak pernah nak beli boot bola sepanjang gua hidup ni.
semua boot yang gua pakai, ialah hasil dari tabiat meminjam gua yang evil ni.
selalunya kalau gua pinjam, memang jarang gua pulang balik. 
kalau tuan punya boot tu tak mintak, alamatnya sampai ke sudah la jadik harta gua la.

tapi, masa zaman-zaman gua sekolah dulu,
gua selalu bertukar-tukar jenis boot.
member-member tengok pun saspen je.
siap ada jugak kutu yang tanya samada gua ni ada penaja ke. atau ada mak ikan bela gua.
asyik tukar-tukar boot je.
kalau nak diushar daripada ekonomi keluarga gua, memang tak layak sangat rasanya orang-orang macam gua ni boleh main style tukar-tukar boot ni.
sebab dorang semua tau yang bapak gua ni hanya seorang penjual tempe je.

penaja kepala bana dorang.
kebanyakan boot yang gua pakai tu adalah hasil daripada titik peluh gua dan kawan-kawan gua.
ya. kami berusaha menjadikan mana-mana mangkuk yang bangang tinggalkan boot bola kat luar rumah tu sebagai mangsa.
itu juga dinamakan ikhtiar.

sehinggalah sekarang ni, gua masih menten tak beli boot bola lagi.
walaupun gua dah start aktif balik main bola.
semua boot yang gua pakai sekarang adalah hasil daripada pinjaman yang dilakukan ke atas mana-mana kutu yang tinggalkan boot bola mereka di luar pintu bilik.
tanpa pengetahuan mereka.
tapi kali ni, gua pulang balik lepas guna.
itu pun kalau gua rajin la.
kalau gua malas, memang gua port kan je boot-boot tu kat dalam stor gua.
sampai la si empunya tu datang bilk gua nak buat kawad cam.
sebab dorang semua memang dah sedia maklum, mana jibauk yang dorang nak carik, kalau tiba-tiba boot mereka tiada di tempat yang sepatutnya.



gua mintak pun tak banyak mana, cukup la kalau dapat yang style-style macam ni. adiNova nama dia.
kalau nak tunggu ada mangkuk hayun yang berani tinggalkan boot yang jenis-jenis macam ni kat luar bilik, memang jangan harap la.
kalau gua ada boot ni pun gua simpan bawah katil.

gua bukannya saja-saja tak nak beli.
cuma gua memang sengaja taknak beli.

 

Saturday, 4 June 2011

sebelah kaki di alam angker

itu hari gua drive kereta kebal gua tu pegi ttdi jaya. isi minyak.
berat je rasa masa gua bawak kereta tu.

biasala kereta dah berusia sepuluh tahun, memang macam tu la perangainya.
dan menurut rekod, separuh daripada usia kereta tu, tak penah lagi gua usik enjin dia.
overhaul apatah lagi.
gua biarkan macam tu je.
keja gua - cukup time, sampai seru dia, gua tukar la minyak hitam mana yang patut.
itu je. yang lain-lain, pegi la mampos.

sepanjang gua bawak balik kereta tu ke mess, memang rasa berat semacam je.
gua saspek memang dah sampai masa untuk overhaul enjin ni.
bawak pulak tu minyak baru isi penuh, memang sah-sah la akan mengganggu all up weight dia.

dalam kepala otak gua memang berserabut mana la agak-agak gua nak cekau duit nak overhaul ni.

parking je kereta kat mes, berderau darah gua.
gua tengok kat seat belakang. sambil-sambil tu gua memang dah standby kalau apa-apa jadi, gua azan terus je.

dua tiga kali gua pejam celik mata, memang konfem.
takde saper-saper pun dalam kereta tu selain gua.


cilake!
mana punya haram jadah pulak yang nak bergurau dengan gua style main tarik-tarik handbrake ni.
gua memang yakin yang gua baru je parking, belum tarik handbrake lagi.
enjin pun belum mati, lampu pun belum padam lagi ni.


nasib baik la dari ttdi jaya je. tak sampai pun lima km.
itu kalau dibuatnya gua jalan balik kampong sampai 200 km, memang ada harap gua kena tukar bukan setakat enjin je, tapi dengan kereta-kereta sekali jahanam gua kena tukar.

nampak gayanya, lain tahun je la gua buat overhaul ke atas lu wahai kereta.


Friday, 3 June 2011

wangi bagaikan sang hujan

respek sikit gua.

esok jangan lupa pegi dataran merdeka.

ada parade panji-panji.

kalau malas nak pegi sangat, duduk je terpacak depan tibi.

tibi berapa, jangan tanya sebab gua pun tak tau.

gua saspek mesti tibi kerajaan la.

jangan nak groove lebih-lebih sangat.

sempena hari keputeraan gua dan keputerian sarah ibrahim.



gua berani kerat konek la kalau gua tanya adik-adik gua, mesti sekor-sekor tak tau bila besday gua.

 

Thursday, 2 June 2011

tentera fareed diraja malaysia

sepuluh tahun yang lampau, gua memang dah start port kat subang ni dah.
itu jam kutu-kutu macam arbek, haron, fareed semua ada kat sini.

ada satu petang tu, gua sudah sebat motor rxz fareed.
ingat nak turun ke kg subang la. main biawak. carik duit sikit mana yang patut.
mana la tau kot-kot hantu gua datang ke time tu.

lepas je start motor, gua pun terus merempit turun bukit.
pakai pun baju yang stok tiga hari tak basuh punya, seluar pendek, selipar.
ye la. apa kejadahnya plak gua nak pakai smart-smart naik moto ye tak.
bukannya gua nak gi ngorat makwe pendatang haram kat kg subang tu.
gua nak gi carik makan secara tak berkat je pun.

ni gua nak cerita, mes pegawai tempat gua port tu letaknya kat atas bukit paling tinggi sekali kat tudm tu.
darjah kecuramannya takde la cibai sangat.
tapi dia punya jarak tu, kalau jogging dari bawah ke atas, memang boleh membuatkan kita tido kat pertengahan jalan.
esok pagi, bangun tido, baru sambung balik jogging.

turun je bukit, motor dah buat perangai semput. ni sial apa pulak yang dah melekat kat motor fareed ni pulak.
motor rxz, dah macam mat rempit. tapi kalau semput, tak cukup la rukun mat rempit dia tu.
last-last mati jugak enjin motor tu kat kaki bukit.

gua berenti tepi jalan, check apa yang patut setelah separuh nyawa gua bazirkan hanya untuk menyetat kembali motor tu.

mengikut tingkatan ilmu automotif yang gua sempat belajar dengan madet ayer tawar masa gua kat sekolah teknik dulu,
kes-kes motor kalau enjin mati ni memang takde lain puncanya.
kalau tak minyak habis, minyak tak masuk carburator.
tak pun spark plug jahanam.
kalau ada mangkuk yang jawab sebab tayar motor pancit, meh sini gua bubuh pelempang sedas dua!

setelah gua pastikan yang punca-puncanya bukan la daripada kalangan tiga sebab di atas, gua nak buat apa lagi.
pasrah je la.
nak tepon si fareed atau mana-mana kutu untuk mintak recovery, itu jam gua mana pakai henset lagi der.
biasala, kalau takde makwe lagi, memang takde sebab yang munasabah pun untuk gua beli henset.
tepon mak bapak pun gua selalu pow henset asan.

nak tak nak, gua memaksa diri gua untuk berjalan kaki naik bukit tu.
orang berjogging pakai kasut pun hilang nyawa nak naik bukit tu,
inikan pulak gua yang hanya pakai selipar je ni.
harus makan dua tiga kali gua pengsan sebelum sampai ke mess tu haa.

sampai je gua kat mes tu, terus gua teriak nama fareed.

"hoi fareed! apahal motor lu tak boleh start tu? ada gua tinggalkan tepi jalan kat bawah bukit tu."

"eh apasal pulak tak boleh start? tadi gua balik keja elok je gua rempit. takde hal pun."

fareed cuba mempertahankan motor bangang dia tu. maklum la, sebab gua rasa itu jam kat subang dia sorang je yang pakai rxz.
moto baru pulak tu. ansuran pernama pun kalau gua check mesti tak abis bayar lagi tu.

"laa itu motor lu, bukan motor gua. mana la gua tau. gua check semua ok je. minyak, carburator, spark plug semua cun."

haa part ni memang bangsat. gua dah start nak menyirap dah ni. gua tanya dia, dia boleh bantai tanya gua balik.
gua punya pening jalan kaki dari bawah tadi pun belum pulih habis lagi.
rasa nak pitam pun ada jugak.

"hmm tak penah lagi rxz gua tu buat perangai sebelum ni. cuma satu benda yang pelik terjadi tadi."

"apahal?" gua kuries. saja nak layan fareed berkerut-kerut dahi tu.

"masa gua nak isi minyak tadi, gua bagi kat bangla tu 5 ringgit je. bila gua isi je minyak tu, dia punya banyak tu lain macam. sampai melimpah la tank gua."

dengar je fareed cakap macam tu, gua dah jadi tak berapa nak sedap hati dah.
gua macam dah dapat agak dah apa yang telah berlaku.
slow-slow gua tanggalkan selipar gua, dan gua genggam erat-erat selipar tu.
dan gua tanya slow-slow jugak;

"lu isi pam kaler apa?"

"hitam..."

babi lu fareed!
selipar kat tangan gua tadi, terus gua tuju ke muka dia.
lu ingat lu bawak lori tanah ke nak main isi minyak diesel ni cilake!

gua tak kira! lu jangan suruh gua tolong lu tolak balik motor lu tu naik ke atas ni.
lu buat sendirik sorang-sorang!
kalau lu nak suruh orang lain tolong lu, itu lu punya pasal.
tapi lu jangan sekali-kali petik nama gua.

penyudahnya petang tu gua dok bilik tido terus. badan pun dah penat penangan menapak naik bukit tadi.
kg subang ke mana, main biawak pun entah ke mana.
dan fareed sampai ke hari ini akan terus jadi bahan gua lepas gua pecahkan cerita ni kat semua member-member.
apa bangang la kutu ni isi rxz guna diesel.

maternity leave

peerrgghh dah 2nd june dah rupanya cilake.

enam atau tujuh tahun kebelakangan dulu, ada seorang kawan gua tak pernah miss wish hari tudm.
tapi tahun ni dia tak wish pulak.

mungkin sebab gua ni tak mendatangkan untung kot.

tapi itu semua takde hal.
gua tak kecik hati pun.
sebab seingat gua, sepanjang gua hidup ni pun ada la baru dua kali gua wish hari polis kat dia.
itu pun gua nak tekan 'send' kat henpon tu pun style takut-takut tikus lagi.

bukan gua tak nak wish, tapi sengaja je gua tak nak wish.
takut dia salah paham.

_________________________________________________________

sial! macam mana pulak gua boleh layan serius ni?
huh patut la.
gua belum tutup malam ni dengan perkara yang selalu gua buat setiap malam.
ok gua witir dulu.

Wednesday, 1 June 2011

kerana kita semua manusia

empat tahun gua amik masa nak carik balik baju fred perry gua.
daripada perak membawa ke labuan gua buat search and rescue.
tapi semuanya hampa.

sehinggalah pada suatu hari, masa gua tengah selongkar almari kat kampong gua.
niat gua cuma nak cari balik koleksi komik detektif conan tu je.

tapi biasala kan.
benda kalau kita mencari, memang haram takkan jumpa punya.
guna pawang hilang pun belum tentu jumpa lagi.
tapi kalau kita tak mencari, dan-dan tu jugak benda tu muncul.

begitulah juga cerita gua dengan baju fred perry gua tu.
tiba-tiba je dia buat perangai muncul kat dalam almari tu.
sebab gua rasa sebelum ni gua ada jugak terbalikkan almari tu.
tapi haram tak penah nampak baju tu.

nampak je kelibat baju tu, terus gua gugurkan misi gua nak mencari komik detektif conan gua tu.
sayang baju punya pasal, gua cium-cium baju tu.
bau lipas tu tak usah sembang la, memang macam cilake dia punya bau.
gua saspek baju gua tu memang dah jadi port lipas-lipas berhabitat la.

tapi yang cibainya, apa gampang pulak yang berlaku sampai ada setompok dua bekas kena getah pisang ni.
takkan la mak gua pakai buat pegi kait daun pisang plak.
jahanam. jahanam.
nasib baik sikit je tompok tu. tapi menjejaskan jugak la.

ini tak boleh jadik!
gua kena selamatkan baju tu jugak!

dan macam biasa, sebagai seekor kutu yang penuh dengan ilmu survival di dada ni,
gua nekad untuk melakukan kegiatan yang tidak bermoral langsung.
kegiatan yang gua dah lama tinggalkan sejak tingkatan dua dulu.

ok target pun dah ada. pasaraya ceria kat manjung lama tu.
sebab situ security dia bangang-bangang kerbau je gua tengok.
apa ke bongok ceria ni lantik aci tua jadik security kat situ.
haram gua tak takut langsung! chooiii!

setakat nak pakai kaler kuning je, nampak sangat bongoknya kalau gua pegi beli sekotak water color tu.

dan lagi la nampak sangat gua punya bongok tu kalau gua rembat sekotak water color tu terus.

oleh sebab gua ni smart, gua masuk, gua bukak kotak, gua rembat satu tiub, gua masuk dalam poket, gua blah.

malang la mana-mana kutu yang beli kotak water color yang gua dah kurangupayakan tu.