setelah dua tahun lebih sikit gua hidup membujang, gua dipertemukan dengan seseorang yang gua saspek kalau gua lajak lebih sikit, ada harap boleh buat couple ni.
itu jam gua rasa macam baru lahir semula.
semua benda-benda basic rukun orang nak bercouple gua dah lepas dah.
dah khatam abis dah. tunggu masa je nak on.
newborn la katakan.
sms, talipon tu jangan cerita la.
henset ni kalau boleh menjerit, dah lama dah gua kena maki hamun.
maunya tak, semedang je kena picit-picit.
itu belum masuk bab cas henset sebilang masa sampai panas-panas body kawan tu.
"eh awak. besday saya dah nak dekat dah ni. awak takde plan ke nak bagi saya apa-apa hadiah?"
gua agak terpana sikit bila baca sms style-style kat atas tu dari, eh lupa pulak. biar gua kenalkan dia sebagai errr jessica kot. macam sedap je nama tu.
seraya gua tersentak.
cilake! punya la selama ni gua tak tahu rupanya bila besday si jessica ni.
"eh ye ke? bila masa pulak besday awak ni? saya tak penah tau pun?"
haa itu bukan ayat gua buat-buat bangang. sehakikatnya, gua memang tak pernah tahu pun bila besday jessica ni.
dia pun takde pulak dalam senarai kawan gua kat fesbuk tu.
memang harus la gua tak tahu.
lagi pun, dia pun belum tentu tahu jugak bila besday gua.
"bila?" gua sambung sms lain. sial! sia-sia je terbuang kredit gua. patut soalan tu gua compilekan dengan text di atas. jimat sikit.
"esok. :)" part ada smiley tu yang gua paling tak boleh blah sekali.
nasib baik la makwe yang bagi camtu. kalau set-set jantan yang buat kerja macam tu kat gua, memang tak cakap banyak, gua lempang je barang dua tiga das!
langsung kelam-kabut gua cari kalendar. gua ulang; carik kalendar.
sebab itu jam, otak gua macam dah bebal pulak tak boleh nak pikir yang kat dalam henset gua tu pun ada jugak kalendar.
hari ni 28 ogos. gua baca dalam hati.
esok 29 hb. ooo 29 hb ke.. yang ni gua baca secara zahir. tapi slow-slow je.
layak hanya gua je yang dengar.
hah!? 29 hb?? babi!
macam mana boleh berlaku benda-benda superstitious gaya cibai macam ni?
mati la gua macam ni.
sama tarikh lahir dengan scooby joo? tak mungkin! tak mungkin!
setelah empat jam berlalu, gua masih tak reply lagi sms jessica.
gua masih berbelah bagi.
oooo lu nak hadiah ye.
gua masukkan 'putuskan hubungan' sebagai salah satu daripada senarai hadiah yang gua plan kat jessica.
Sunday, 28 August 2011
Tuesday, 23 August 2011
musibat d'ramadhan - siti nurhaliza bila nak bercerai?
setelah dah nak habis sebulan berpuasa ni, baru la semalam gua berpeluang untuk berbuka puasa kat masjid.
itu pun setelah diugut kalau tak datang, kena extra duty.
kalau tak, huh pakat takde la gua nak buka kat masjid ni.
sebab kali ni, bukan calang-calang punya majlis berbuka ni.
ni berbuka dengan geng anak-anak yatim. area-area sini jugak.
gua pun dah lupa dari area mana entah.
so gua pun join la buka puasa dengan dorang.
sebab gua rasa seumur hidup gua, belum pernah lagi gua dapat pahala dalam kategori tersebut.
jadi, apa salahnya gua try dulu.
hmm seingat gua, masa kat labuan dulu pun gua tak pernah buka puasa dengan azman yatim lagipun.
lepas je habis makan apa semua, gua pun macam biasa la, nak tanda kawasan, carik la tandas.
bila gua jejak je kaki kiri kat dalam tandas tu, gua tengok keadaan tandas tu dah macam medan selera dah.
bersepah-sepah habis.
siap ada yang dah basah kuyup dah main air punya pasal.
gua rasa ada la dalam lapan orang budak-budak yang tengah berpesta air tu.
umur pulak pukul rata ada la dalam 3-4 tahun sekor-sekor.
basah sana-sini. diselang seli dengan jerit pekik anak-anak yatim
yang gua saspek sememangnya enjoy je sebab dapat main kejar-kejar dalam tandas tu.
dalam pada gua geleng-geleng kepala tu, terdetik pulak dalam hati gua ni.
ni kalau gua gegar budak-budak ni, best jugak ni.
so gua pun test market.
"haaaaaiiiippppp." separa menjerit. tak la kuat sangat. tapi tinggi sikit jugak la fidelity suara gua tu.
dengan niat bergurau.
tak semena-mena, suasana terus bertukar hening.
semua budak-budak tu otomatik menghentikan segala jenis aktiviti yang dorang tengah buat.
setelah dua tiga empat detik, ada dua orang budak kecik, gua rasa dalam umur tiga tahun kot, dah start nangis.
siap buat muka takut lagi.
gua pun apa lagi, terus tak jadik nak berak la.
cuak punya pasal, gua pecut keluar tandas, cucuh rokok sebatang, lepak atas motor.
sepanjang gua bermastautin atas motor tu, tak sudah-sudah gua beristighfar.
rasa nak nangis pun ada jugak.
kesian gua tengok budak-budak tu.
dah la kecik-kecik lagi, anak-anak yatim pulak tu.
itu jam baru gua tau yang gua dah buat pilihan yang silap.
patutnya gua join dorang main pancut-pancut air tu.
bukannya buat lawak bergurau tak kena tempat.
sehingga gua menulis entree ni pun, gua masih tak abis sebak lagi bila teringatkan balik muka budak yang nangis sebab kena jarkah manja dengan gua semalam tu.
rilek la burn, gua tak sengaja.
sebelum gua balik, gua sempat dukung budak tu, tanya nama dia.
dia jawab nama dia bakar.
huh terus gua panggil dia burn.

Saturday, 20 August 2011
musibat d'ramadhan - fuck la woooiii!!
lu puasa tak ? lu puasa tak? lu puasa tak?
cilake!
itu soalan bangsat jenis apa tu?!
gua menyirap betul la kalau dapat soalan yang style-style macam ni.
apahal pulak nak kena tanya puasa ke tak?
kenapa nak kena tanya? sebab nak ajak berbuka?
kalau nak ajak berbuka, ajak je la. tak payah la nak tanya gua puasa ke tak.
sama jugak kalau lu orang nak ajak gua pegi makan ke apa.
terus je ajak pegi makan. kalau gua dah makan, gua bagitau la gua dah makan.
pastu baru la gua decide nak ikut lu orang pegi makan ke tak.
babi!
selalu kalau ada mangkuk tanya gua puasa ke tak, gua akan senyap je tak jawab.
itu kalau gua puasa la. senyap. tak jawab.
sangat tak afdhal kalau gua layan maki-hamun time gua puasa ni.
jarang gua jawab yang gua ni puasa walaupun itu jam gua tengah puasa.
tapi kadang-kadang kalau datang darah gua tengah menyirap, gua senang je jawab gua tak puasa.
walaupun hakikatnya gua tengah puasa.
kalau gua jawab yang gua ni puasa, gua rasa macam riak la pulak.
gua takde la nak menunjuk-nunjuk yang gua ni puasa.
haa ni satu lagi.
apasal time bulan puasa je, itu menjadi soalan lazim.
memang la kan time bulan puasa je nak tanya benda tu.
apa kejadah pulak nak tanya time-time bulan tak puasa.
paham-paham sendirik la.
time bulan puasa pun puasa barai, inikan pulak time bulan tak puasa.
tapi apasal time bulan-bulan lain, lu orang takde pulak sibuk nak tanya gua ni dah solat ke tak?
padahal sama je hukum wajibnya tu.
ooohh mungkin sebab masing-masing dah besar, pandai-pandai la solat sendiri ye tak.
habis tu sama jugak masing-masing dah besar pandai-pandai la puasa sendirik.
tak payah la nak tanya.
"gua solat pun banyak yang barai, takkan gua nak tanya lu dah solat ke tak.."
haa tau pun.
sama la jugak macam puasa.
lu rasa puasa lu tu dari terbit fajar siddiq hingga terbenam matahari, dan disertai dengan niat pada malam harinya tu, takde barai ke kat tengah-tengah?
lagi mau terhegeh-hegeh nak tanya gua.
seolah-olah menjadi satu kepuasan pulak bagi lu orang kalau dapat jawapan 'tak puasa' tu.
lepas tu kalau dapat jawapan 'tak puasa' tu, haram jadah si penanya tu buat muka puas sambil senyum-senyum sinis tanda puas dapat kenakan orang.
lancau!!
amal ibadat ni kalau boleh disorok, sorok la taknak bagi orang tau.
kang boleh disalah sangka pulak.
takde siapa yang boleh beri jaminan yang kita takkan ada perasaan riak dan ujub walau sebesar zarah sekali pun.
gua ni kadang-kadang nak bayar zakat fitrah pun ushar line dulu.
taknak orang nampak. (wahh haa yang ni macam ada bau riak je ni. chooii..)
"lu puasa ke tak bro?"
sebelum darah gua nak menyirap, cepat-cepat lu kutu berahak yang tanya ni kena tambah;
"kalau lu tak puasa, jom kita port mana-mana yang patut. dah tengah hari dah ni."
haa situasi gaya-gaya macam ni akan gua kenakan pengecualian lantas membalas;
"ok! jom gerak sekarang! sebelum tu jom pekena barang sedapur dua dulu"
Thursday, 18 August 2011
musibat d'ramadhan - style-style US Marine
"oi malaun. lu puasa ke tak hari ni?"
soalan jenis cilake yang dilontarkan oleh nizam sebaik saje dia muncul kat tower rajawali dulu.
enam tahun lepas mungkin. gua pun dah tak berapa nak ingat dah.
itu jam gua kerja kat tempat navy.
tower tu la yang merupakan tempat paling selamat kalau nak buat aktiviti-aktiviti mungkar.
tak kira la bulan puasa ke atau bulan apa-apa sekali pun.
kalau kena gaya dia, pernah ada tujuh ekor setan mengeport kat tower yang hanya boleh memuatkan kapasiti empat orang manusia je tu.
"sial la. lu ingat gu ni macam lu ke? tak dapat bezakan mana yang wajib, mana yang haram."
balas gua sambil menjeling jam di dinding. sial! awal lagi. tengah hari pun belum lepas lagi.
"hehehe.." itu je balas nizam sambil melabuhkan bontotnya di atas lantai. langsung menyalakan dunhill. gua saspek cilake tu mesti dah port kat kedai cermin gelap sebelum naik tower ni.
nikmat semacam je gua tengok.
gua buat tak reti je. lantak lu la.
gua jeling jam lagi.
sial lagi! jarum minit baru bergerak setakuk!
ini kalau ada tiga empat ekor setan lagi naik tower, buat perangai lahanat macam nizam ni, ada barai pulak puasa gua ni kang.
gua berazam walau apa pun terjadi, setakat nizam hisap rokok depan gua, gua takkan goyang.
menjalankan ibadat puasa diselang-seli dengan ujian, baru la feel nikmat berpuasa tu.
kalau setakat puasa je, tapi takde ujian, tak meningkat la iman tu ye tak?
menjeling sekali lagi ke arah jam dinding, jarum minit dah bergerak banyak dah.
tapi masih belum cukup syarat untuk gua guna ayat good afternoon lagi.
"lu port mana tadi der? dengan sape?" memandangkan takde benda gua nak sembang dengan nizam, jadi itu saja la soalan yang gua rasa sangat relevan dengan situasi masa tu.
"beli tapau tadi. gua dengan andy. port kat stor enjin tu. patut dengan kerbau sekali. tapi dia kena gegar ke FOC. so kami dua orang je la. apasal?"
gua mengeluh. saje je gua taknak jawab soalan si nizam tu.
setelah gua menjeling ke arah jam dinding untuk ke sekian kalinya, gua terus mengeluarkan arahan lisan yang tegas;
"ok nizam. sekarang lu pegi bawak kerbau punya bahagian naik atas. tapi sebelum tu, tinggalkan rokok lu tu kat sini!"
sambil mendengar tapak kaki nizam deras menuruni anak tangga, sambil tu jugak la gua bermonolog.
huh! tak payah tunggu tiga empat orang naik, nizam sorang je dah boleh buat puasa gua barai merata-rata.

Wednesday, 17 August 2011
batal puasa kalau menipu
ada satu kes di mana gua telah menghadiri satu majlis pernikahan seekor jibauk bernama kuya.
kuya ni geng-geng gua masa kat labuan dulu.
lepas je jibauk ni pindah ke kerteh, entah jembalang mana yang dah merasuk dia, tau-tau gua dengar dia dah ready je nak kawen.
dalam hati gua, lantak lu la. dah sampai seru la tu.
majlis tersebut telah diadakan kat rumah pengantin pompuan.
kat mana entah gua pun dah lupa.
tapi yang gua ingat ialah, hari tu gua sarung baju melayu hijau rembat abang dia punya.
sebab famili belah dia semua pakai hijau.
tapi apa kena-mengena dengan gua, gua malas tanya.
orang nak bagi baju, gua sebat je.
bila semua dah ready, tok kadi pun start la sesi suai kenal dengan kuya ni.
tanya apa yang patut sikit-sikit pasal basic rukun-rukun agama apa jadah semua tu.
kuya pun gua tengok dah tak senang duduk dah.
kejap-kejap betulkan songkok.
gua saspek kuya tengah nak cover lap peluh kat dahi tu.
"haa cuba kamu beristighfar." cucuk tok kadi tu kat kuya. setelah beberapa siri soalan berjaya dijawab oleh kuya secara menggigil-gigil.
gua dari jauh tengok steady je. sebab pada hemat gua, kalau setakat suruh istighfar tu, takkan la kuya tak boleh buat kan.
budak-budak darjah dua kat pakistan tu pun kalau suruh istighfar, selamber je dorang. inikan pulak kuya yang dah tua tu.
"err.. errr.. tok tolong demo sikit, tok. saya bukannya tak tau, cuma keliru je."
cilake punya kuya!
gua yang jarak lebih kurang 4-5 meter kat belakang dia dah nak tepuk dahi dah.
takkan tu pun lu kantoi. apa jenis islam lu ni.
"ok la. tok baca sikit, lepas tu kamu sambung ye."
pehh nasib baik tok kadi tu sempoi.
kalau gua yang jadik tok kadi tu, ada gua tapak muka kuya kat situ jugak.
"astaghfirullah al a'ziim, allazi... haa sambung."
gua nampak muka kuya macam ada harapan je. mungkin kuya dah dapat recall la tu. gua pun tumpang lega jugak.
dan kuya pun menurut perintah;
"astaghfirullah al a'ziim, allazi yuwas wisufi sudu rinnaas.."
lancar je ayat tersebut mengalir daripada mulut kuya. tanda keyakinan dah meresapi sanubari.
habis je gua dengar kuya beristighfar mana punya versi entah, terus tak pandang kiri kanan gua bingkas bangun keluar ikut pintu belakang.
gua perasan abang dia pun follow gua sekali.
di celah-celah tong gas kat belakang rumah, gua dengan abang dia punya la bantai gelak berguling-guling atas rumput.
gua tak tau apa yang dah terjadi kat kuya kat dalam rumah tu.
last gua dengar tok kadi dah buka silat.
gua saspek kuya memang betul-betul dah kena tapak kat muka kot.

Sunday, 14 August 2011
kerana pilihan lain tiada
celik-celik mata je dah pukul 7.20 pagi.
gua layan golek-golek atas tilam kejap, lepas menggeliat lebih kurang, baru gua gagahkan diri bangun.
cilake! ini baru hari jumaat. maknanya hari ni kena kerja lagi.
lain la esok. hari sabtu.
buruh kontrak pun lepak kotaraya. tak kerja.
so gua pun jalankan la rutin normal gua.
cucuh rokok sebatang, buka peti sejuk langsung belasah ribena sampai setengah jag.
sambil tu jari jemari gua tekan remote astro. carik tv3.
sebab mengikut perkiraan gua, hari ni memang turn wardina jadi pengantara untuk MHI.
huh sejuk sikit mata memandang.
sambil-sambil gua pasang telinga tentang topik apa yang dia cakap, tiba-tiba telinga gua menangkap bunyi 'ramadhan'.
cibai!
ini satu mutasi!
"hoi lahabau! kau jangan nak buat-buat cerita. kalau hari pertama, boleh la cerita. ni dah hari ke dua belas kau tau tak!!"
jerit isrul sambil patahkan rokok yang gua tak sempat cucuh masa kami tengah lepak kat tower.
itu jam sayup-sayup je gua dengar azan zohor berkumandang.
err nampaknya gua kena cari lain punya lasan lepas ni kalau sangkut puasa.
kalau tak, mungkin tengkuk gua pulak yang patah.

Thursday, 11 August 2011
musibat d'ramadhan - versi my chemical romance
12 atau 13 tahun yang lepas, gua pernah menyandang jawatan sebab tukang azan yang agak regular jugak la kat kampong gua tu.
itu cerita lama.
cerita sekarang, kalau kena suruh jadi tukang azan, ada harap gua kena buka buku balik ni.
atau pun gua kena bertapa kat masjid lima kali sehari.
tapi gua rasa mungkin tak payah kot.
sebab gua masih yakin lagi dengan skill gua berdasarkan ujian azan yang gua buat ke atas fais masa cilake tu tengah berdebar menunggu kehadiran dafi, anak sulung beliau.
ok. patah balik kepada ramadhan 13 atau 12 tahun yang lepas.
itu jam gua pun regular jugak buka puasa kat surau.
boleh dikatakan hari-hari la gua buka puasa akat surau tu.
kes puasa ke atau tak puasa, itu tolak belakang.
buka puasa, mesti wajib ke surau.
pak salleh yang masa tu tengah melepak kat atas motor dengan member-member dia sementara menunggu beduk di ketuk, terus menjerit kepada gua yang kebetulan baru je nak menuju ke dapur surau.
dia suruh gua azan hari tu.
sial. gua baru bercadang nak pegi ushar apa menu hari tu.
tapi berdasarkan deria bau gua, gua mengesan aroma-aroma ayam masak merah dengan nasik hujan panas.
gua dah tak boleh tahan dah. ini kalau gua sorang-sorang ni, ada mau gua lahap terus. walaupun baki masa tinggal 7-8 minit je lagi.
lepas je beduk dah berbunyi, tiba la giliran gua pulak mengalunkan azan.
gua carry tugas gua tu dengan sepenuh ikhlas yang mungkin.
walaupun dalam hati ni, tuhan je yang tau betapa ia meronta-ronta separuh nyawa menuntut ayam masak merah supaya hadir ke dalam perut gua.
habis je gua azan, gua pergi tempat makan. sementara nak tunggu jemaah semua nak gather, gua bercadang nak minum barang segelas dua air sirap di samping mengisi perut dengan kurma atau apa yang patut.
apa yang patut? hah general sangat tu.
penyudahnya, dari belakang gua terdengar suara pak salleh bising-bising mencari tukang azan. nak suruh qamat.
maghrib tu, gua tak tahu dan taknak tahu saper yang ambil alih tugas gua. lantak la lu orang.
gua kat belakang tengah baik punya mentekedarah nasik hujan panas dengan ayam masak merah. siap bertambah nasik lagi.
teraweh pun gua barai.

Monday, 8 August 2011
musibat d'ramadhan
semalam gua kerja shif malam.
setelah sekian lama gau tak masuk shif, kerja malam semalam telah membuatkan kepala gua pening, dan hampir-hampir nak demam.
itu satu hal.
satu hal lagi, dah la gua kerja habis pukul 6 pagi, lepas tu pukul 7.30 pagi pulak gua nak kena terpacak kat depan rumah bos gua.
kena pegi meeting kat KL.
ini memang bangsat punya kerja namanya.
konfem la selepas sahur, gua tak boleh nak layan tido.
kalau gua tido jugak, lepas tu dibuatnya terlajak, tak ke mampos gua kena cincang hidup-hidup dengan bos dua?
nak tak nak, gua kena set kan juga mental gua ni agar menghadap apa saja cabaran yang dicampakkan ke atas gua time bulan puasa ni.
tapi, gua pun tak berapa yakin sangat dengan diri gua bila time meeting ni.
gua pasti, kalau pun gua tak terlelap masa meeting tu, paling busuk pun mesti gua akan tersengguk-sengguk.
itu pasal la setiap kali gua tau kalau gua kena masuk meeting, gua harus membuat preparation paling koman pun sehari sebelum.
sebab gua paham sangat dah kapabiliti badan gua kalau bersangkut-paut dengan hal-hal mesyuarat ni.
habis je keja pukul 6 pagi tadi, gua balik bilik.
gua layan iron baju seluar apa yang patut.
memang sengaja gua nak iron time-time tu sebab nak habiskan masa sementara nak tunggu pukul 7.30.
kalau gua iron awal-awal, dah takde keja pulak gua nak buat satu setengah jam tu.
bila takde keja, mula la mata ni buat perangai nak tutup je.
kalau tutup tu senang nak buka, tak pe la.
ini tak, gua terpaksa gunakan skill ayat-ayat dr fadzillah kamsah semata-mata nak buka mata bangun dari tido.
walaupun tak tido, gua tetap terlajak juga macam biasa.
7.45 baru gua sampai kat rumah bos gua.
tapi yang peliknya, tiada tanda-tanda kehadiran manusia di halaman rumah dia.
gua dah cuak dah.
dah la gua terlambat, ini kalau dia dah tinggalkan gua, balik nanti memang sah gua jadi lauk buka puasa dia ni.
mampos.. mampos..
gua parking motor slow-slow. gua lepak atas pangkin bawah pokok jambu depan rumah dia.
henset yang dah ada kat tangan gua ni, gua genggam erat-erat.
ingat nak telepon dia. tapi dalam hati gua punya cuak, tuhan je yang tau.
last-last gua nekad. gua scroll carik nama dia langsung gua tekan butang hijau. seksa gua pun bermula;
"assalamualaikum tuan. tuan kat mana? saya dah kat depan rumah tuan ni.." gua cuak-cuak berani je cakap tu. kalau nak diikutkan, memang gua tak berani langsung. mana la tau kalau-kalau bos gua tu belum jauh lagi ke. boleh la gua suruh dia patah balik amik gua.
suruh dia patah balik? nak mati?
"waalaikum salam. hah kau buat apa kat depan rumah aku tu?"
cilake. dia boleh tanya gua balik apa yang gua buat kat depan rumah dia. ini satu mutasi!
gua dah saspek lain macam dah bila gua dengar tone suara dia macam kutu baru bangun tido je. takde langsung bunyi background kereta ke, hon ke, enjin motor mat rempit ke.
"eh kata nak pegi meeting kat KL tu. ni saya dah ready la ni."
"hoi lahanat! kau sahur makan racun tikus ke apa pagi tadi? meeting tu esok la. yang kau gila datang sehari awal ni apahal?"
babi! gua dah kena jual. senyap-senyap dalam hati, gua tanamkan azam.
ajutan gua ni memang nak makan pelempang agaknya.
haram jadah apa yang dia bagi gua tarikh meeting salah ni.
dalam hati gua, memang dah tak terkira berapa banyak maki hamun yang gua dah lemparkan terhadap ajutan gua tu.
gua dah tak kira dah itu jam bulan puasa ke, bulan muharam ke, bulan kemerdekaan ke.
dah alang-alang gua dah terlajak maki hamun, gua start moto cepat-cepat, gua rempit laju-laju supaya cepat sampai ke bilik gua.
penyudahnya, belum pun pukul 8 pagi lagi, setengah balang air ribena gua dah sesah.
pekena rokok dua batang, gua sambung tido.

Saturday, 6 August 2011
siri bercakap dengan bola - Ep 4; hak gua dinafikan
setelah.. setelah gua rasa ada la dalam lima tahun, mengambil kira waktu mula-mula gua dilanda kecederaan ACL dulu, baru la gua dapat merasa nikmat bermain bola di atas padang rumput.
kali ni memang betul-betul punya main bola.
kalau setakat main futsal tu, huh, tak payah nak sembang la.
standard anak-anak ikan mak je.
walaupun gua main futsal, tapi gua tak berapa layan sangat.
sebab gua ni jenis yang suka main berlari jauh-jauh.
kalau main futsal yang padang besar sekangkang beruk tu, haram takde fight langsung.
tiga empat bulan yang lepas, gua telah diterima menjadi seorang pemain bolasepak sebuah kelab yang berpangkalan di kelana jaya.
gua dipilih atas faktor sahabat, atau faktor bakat, itu gua tak tau.
gua malas nak pikir. janji gua dapat main bola.
dan seperti mana lumrah sebelum-sebelum ni masa gua main bola, gua pasti akan praktikkan pemakaian seluar panjang.
kalau main futsal pun paling koman gua akan layan seluar dockers.
tak penah dalam hayat gua main pakai seluar pendek.
bukannya gua nak bagitau yang gua ni kuat agama ke nak tutup aurat apa semua ni.
semayang gua pun rabak ke laut, apa cerita nak sembang pasal tutup aurat ye tak.
gua memang tak biasa atau tak selesa kalau main bola pakai seluar pendek ni.

haaa kat atas ni satu daripada berpuluh match yang sempat gua main dengan seluar panjang lotto gua.
masa ni team mates gua pun cincai-cincai je. tak organise baik punya lagi.
jersi pun gua tak tau kat mana punya ampaian kilang dorang rembat. siap ada nama tulisan cina lagi kat belakang.
lepas je team kami ada sponsor sikit, mula la organise yang betol punya.
sponsor abis daripada jersi sampai ke stokin.
itu jam gua rasa memang dah tak sedap hati dah. macam-macam perasaan bersarang kat lubuk hati gua.
kali ni, gua memang kena pilih satu daripada dua je pilihan yang disuakan.
jadi, nak main bola punya pasal, gua amik pilihan yang kedua.
semoga Allah mengampunkan dosa gua. amin.
maka jadilah gua seperti malaun-malaun yang tengah main bola kat dalam dua gambar diatas.
gua tak tau lagi nak ngadu kat saper. kalau gua buat perangai pegi report jugak kat SUHAKAM, SUARAM atau majlis peguam, gua pasti tak sempat masuk pejabat dorang lagi, kat pintu pagar je gua dah kena halau dah.
hak gua untuk memakai seluar panjang main bola terang-terang telah dicabuli secara sadis.
hoi JAIS, lu orang buat apa? tak nak fight untuk gua ke?
odisi raya - versi dahagi seri paduka baginda
gua ingat citer ni kalau tak silap jadi masa sebelas tahun dahulu kot.
masa tu gua betol-betol baru habis kadet.
kepala pun botak lagi, muka jangan cerita la. berminyak masa kena lanyak time kadet tu pun tak kering lagi.
habis je kadet, report labuan terus.
gua, asan, nik dan badak.
gua, asan dan nik report tower. badak sekor je yang lepas ke empat divisyen.
hidup kami bertiga masa tu memang macam neraka. senior-senior pulak masa tu perangai sekor-sekor macam lahanat.
jenis kejam tak ingat dunia punya.
akhirat, gua saspek itu pun dorang tak ingat.
bulan puasa kat sana, memang berlalu dengan sia-sia je la untuk diri gua.
seingat gua la, takde sehari pun yang gua sangkut berpuasa.
nak puasa apa kejadahnya!
dah pagi petang siang malam kena lanyak, tok lebai pun boleh jadik pukak puasa time pukul sebelas.
tapi gua rasa, kalau tak kena lanyak pun, barai jugak kot puasa gua.
tutup cerita pasal puasa dulu, sebab tajuknya pun dah sangkut ke raya kan.
empat hari sebelum nak raya tu, memang menjadi kebiasaan tudm akan melakukan penerbangan ala-ala ihsan menggunakan pesawat c130 untuk mengangkut kutu-kutu yang membujang balik ke kampung halaman.
makanya, gua, nik dan asan pun memang tak terkecuali la.
hati pun mekar berbunga.
setelah berbincang lebih kurang dengan senior-senior, maka keputusan pun diperolehi.
mereka membenarkan kami bertiga balik kampung naik pesawat tu.
bonus katanya. memandangkan kami bertiga pun dah lunyai kena lanyak macam binatang dah.
ikut jadual, pesawat akan berlepas esok paginya jam lima pagi.
jadi, petang tu gua pun berkemas la macam jakun.
bukan gua sorang je, asan dan nik pun gua tengok berkemas dua kali ganda jakunnya dari gua.
maunya tak. gila la kalau gua bayangkan first time beraya bukan kat kampung.
kalau dekat-dekat takpe la.
ini kat labuan tu bai!
rekod paling cepat perjalanan gua dengar kalau ikut laut pun 22 jam nak sampai ke johor tu.
itu pun naik bot laju navy punya.
kalau naik kapal biasa, gua rasa sampai nak raya haji pun belum tentu gua dapat beraya lagi tu.
beg semua dah siap. tunggu masa je gua nak campak dalam kargo esok pagi.
tapi petang tu lepas pekena singapore chicken rice, gua dan asan bajet nak lepak tower la.
kononnya boleh la salam-salam dengan senior apa yang patut.
bagi dorang jeles sepam dua ke.
sampai je tower, sedang kami melepak sila panggung, pekena gin rummy seround dua, lif berbunyi.
semua mata tertumpu ke arah skrin monitor yang memaparkan imej yang dihantar oleh cctv kat lif tu.
"sial! itu boss!" gua lupa pulak saper yang mencarut time tu. tapi yang pasti, segala peralatan perjudian memang dah clear dalam masa tak sempat nak kelip mata.
apa cilake pulak yang bos nak buat datang tower time-time macam ni? pegi la balik rumah tolong bini masak ke, tebas rumput ke, kukur nyor ke, semayang sunat ke apa yang patut.
sebab memang tak patut la kalau dia nak datang port kat tower time lahabau-lahabau semua tengah operate kerja-kerja mungkar ni.
usai anak tangga yang ke last bos langkah, macam biasa la, kutu-kutu semua buat muka suci puasa ahli sufi kononnya, hulur la tangan bersalam apa bagai.
sampai je turn gua bersalam terus dia bertegur mesra;
"eh korang esok naik pesawat ke? beg dah siap kemas semua?"
soalan yang gua saspek dia tujukan kepada kami bertiga.
"err dah tuan. pukul 5 pagi esok door close"
"hmmm bagus bagus. tapi korang tau tak pegawai muda yang baru lapor unit, tak boleh balik kampong atau mintak cuti selagi belum sampai tempoh 6 bulan?" soalan diajukan sambil hikmat mengankat kening menandakan bahawa bos gua tu memang tengah serius. bukan bergurau punya.
tanpa menunggu kami memberikan jawapan, dia terus melangkah ke belakang semula menuruni anak tangga satu persatu dengan tenang.
petang tu, tak cakap banyak kat tower tu jugak gua bancuh nescafe. keluar lepak beranda hisap rokok. pegi mampus la orang nampak ke tak. gua memang dah patah hati. cilake!
senior pun dok pakat monitor gua dari jauh je. takut gua terjun tower.
cerita tu tak habis di situ je.
hari raya pertama, asan kejut gua bangun dari tidur.
sambil memberitahu yang dia dapat 57 miss call, pakej dengan satu text message.
"gua tau la lu orang marah kat bos. tapi jangan la sampai tahap nak sia-siakan aidilfitri lu orang kat pulau ni. bos buat open house tu. pegi la jenguk. kah kah kah."
macam cibai je gua baca mesej bakar darah daripada mat piah.
aidil fitri bangsat apa kalau bagnun tidur pun dah pukul 4 petang. perut lapar, gua dan asan pegi melantak kfc.
nama nak pegi rumah bos gua walaupun makan free, jangan harap!

Wednesday, 3 August 2011
suria di perkasa hitam
[ - , - ]'
satu hari, gua habiskan kudrat gua dengan berjalan-jalan menyusuri pantai teluk batik kat kampong gua tu.
tempat tu memang legend bagi gua.
tujuh lapan tahun yang lepas, tempat tu la port wajib yang akan gua kunjungi dengan scooby doo saban minggu.
selain esplanade lumut.
kira macam kalau pokok-pokok kelapa kat area tu memang boleh cam la muka gua ni.
sedang gua berjalan-jalan, gua terserempak dengan seorang, errr seekor jin.
tapi gua tak goyang dengan jin tu walaupun badan dia besar.
gua buat selamber je.
alang-alang dah jumpa jin tu, gua apalagi, siap boleh mintak dia tunaikan tiga permintaan gua.
tapi jin tu taknak.
dia kata dia boleh clearkan satu je.
sebab sebelum dia terjumpa gua, dia dah tunaikan permintaan dua ekor kutu berahak mana entah.
ok la. satu pun satu la.
tapi ni gua nak mintak yang realistik sikit.
tak masuk akal sangat kalau gua nak mintak kat dia suruh kembalikan scooby doo kat gua.
errr sebenarnya gua dah mintak dah benda tu. tapi dia kata tak boleh. jangan libatkan manusia lain katanya. lagi pun itu memerlukan persetujuan pihak yang di sebelah satu lagi tu.
itu apa yang jin tu cakap la. kalau dia kencing gua, maknanya gua pun terbabit kencing lu orang la.
ok! taknak cerita banyak.
gua mintak jin tu kurung gua dalam satu gua.
bersama beraneka jenis rokok-rokok yang paling sedap sekali dalam dunia ni.
sebab gua pun jenis yang suka hisap rokok susah nak berenti punya.
gua suruh dia kurung gua selama seminggu.
lepas seminggu, dia akan buka balik pintu gua tu.
plinngg!!!
gua tutup mata sebab tiba-tiba ada asap tebal menyelubungi gua.
pedih!
lepas je gua buka mata, gua punya hepi, bukan main-main punya.
bersepah rokok-rokok yang beraneka jenis, sebahagian daripadanya tak penah gua tengok di depan gua.
oh terlupa pulak gua. gua dapat tengok rokok-rokok tu semua sebab gua itu diterangi oleh cahaya lampu kalimantang.
mana datang sumber letrik tu, gua malas nak pikir.
itu jin yang punya kerja. pandai-pandai la dia provide.
apa yang gua tau, time tu dalam otak gua, gua nak sesah rokok-rokok yang gua saspek memang sedap tu.
maka bermulalah kehidupan gua bersama rokok-rokok itu selama seminggu.
tempoh selama seminggu sudahpun tiba ke klimaksnya.
seperti yang telah dipersetujui, pintu gua pun terbuka tanpa dibaca mantera.
lu orang pernah tengok cerita ali baba bujang lapok?
haaa camtu la style pintu tu terbuka.
cilake punya jin!!
lu bagi gua rokok macam-macam pun, tapi kalau lu tak bagi pakej sekali dengan mancis, serupa lu tak payah bagi rokok je!!
sia-sia je kehidupan gua terbuang kat dalam gua tu!
lu nak suruh gua cucuh rokok pakai kepala bana gua ke apa!!

Subscribe to:
Comments (Atom)