celik-celik mata je dah pukul 7.20 pagi.
gua layan golek-golek atas tilam kejap, lepas menggeliat lebih kurang, baru gua gagahkan diri bangun.
cilake! ini baru hari jumaat. maknanya hari ni kena kerja lagi.
lain la esok. hari sabtu.
buruh kontrak pun lepak kotaraya. tak kerja.
so gua pun jalankan la rutin normal gua.
cucuh rokok sebatang, buka peti sejuk langsung belasah ribena sampai setengah jag.
sambil tu jari jemari gua tekan remote astro. carik tv3.
sebab mengikut perkiraan gua, hari ni memang turn wardina jadi pengantara untuk MHI.
huh sejuk sikit mata memandang.
sambil-sambil gua pasang telinga tentang topik apa yang dia cakap, tiba-tiba telinga gua menangkap bunyi 'ramadhan'.
cibai!
ini satu mutasi!
"hoi lahabau! kau jangan nak buat-buat cerita. kalau hari pertama, boleh la cerita. ni dah hari ke dua belas kau tau tak!!"
jerit isrul sambil patahkan rokok yang gua tak sempat cucuh masa kami tengah lepak kat tower.
itu jam sayup-sayup je gua dengar azan zohor berkumandang.
err nampaknya gua kena cari lain punya lasan lepas ni kalau sangkut puasa.
kalau tak, mungkin tengkuk gua pulak yang patah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment