setelah dua tahun lebih sikit gua hidup membujang, gua dipertemukan dengan seseorang yang gua saspek kalau gua lajak lebih sikit, ada harap boleh buat couple ni.
itu jam gua rasa macam baru lahir semula.
semua benda-benda basic rukun orang nak bercouple gua dah lepas dah.
dah khatam abis dah. tunggu masa je nak on.
newborn la katakan.
sms, talipon tu jangan cerita la.
henset ni kalau boleh menjerit, dah lama dah gua kena maki hamun.
maunya tak, semedang je kena picit-picit.
itu belum masuk bab cas henset sebilang masa sampai panas-panas body kawan tu.
"eh awak. besday saya dah nak dekat dah ni. awak takde plan ke nak bagi saya apa-apa hadiah?"
gua agak terpana sikit bila baca sms style-style kat atas tu dari, eh lupa pulak. biar gua kenalkan dia sebagai errr jessica kot. macam sedap je nama tu.
seraya gua tersentak.
cilake! punya la selama ni gua tak tahu rupanya bila besday si jessica ni.
"eh ye ke? bila masa pulak besday awak ni? saya tak penah tau pun?"
haa itu bukan ayat gua buat-buat bangang. sehakikatnya, gua memang tak pernah tahu pun bila besday jessica ni.
dia pun takde pulak dalam senarai kawan gua kat fesbuk tu.
memang harus la gua tak tahu.
lagi pun, dia pun belum tentu tahu jugak bila besday gua.
"bila?" gua sambung sms lain. sial! sia-sia je terbuang kredit gua. patut soalan tu gua compilekan dengan text di atas. jimat sikit.
"esok. :)" part ada smiley tu yang gua paling tak boleh blah sekali.
nasib baik la makwe yang bagi camtu. kalau set-set jantan yang buat kerja macam tu kat gua, memang tak cakap banyak, gua lempang je barang dua tiga das!
langsung kelam-kabut gua cari kalendar. gua ulang; carik kalendar.
sebab itu jam, otak gua macam dah bebal pulak tak boleh nak pikir yang kat dalam henset gua tu pun ada jugak kalendar.
hari ni 28 ogos. gua baca dalam hati.
esok 29 hb. ooo 29 hb ke.. yang ni gua baca secara zahir. tapi slow-slow je.
layak hanya gua je yang dengar.
hah!? 29 hb?? babi!
macam mana boleh berlaku benda-benda superstitious gaya cibai macam ni?
mati la gua macam ni.
sama tarikh lahir dengan scooby joo? tak mungkin! tak mungkin!
setelah empat jam berlalu, gua masih tak reply lagi sms jessica.
gua masih berbelah bagi.
oooo lu nak hadiah ye.
gua masukkan 'putuskan hubungan' sebagai salah satu daripada senarai hadiah yang gua plan kat jessica.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment