setelah dah nak habis sebulan berpuasa ni, baru la semalam gua berpeluang untuk berbuka puasa kat masjid.
itu pun setelah diugut kalau tak datang, kena extra duty.
kalau tak, huh pakat takde la gua nak buka kat masjid ni.
sebab kali ni, bukan calang-calang punya majlis berbuka ni.
ni berbuka dengan geng anak-anak yatim. area-area sini jugak.
gua pun dah lupa dari area mana entah.
so gua pun join la buka puasa dengan dorang.
sebab gua rasa seumur hidup gua, belum pernah lagi gua dapat pahala dalam kategori tersebut.
jadi, apa salahnya gua try dulu.
hmm seingat gua, masa kat labuan dulu pun gua tak pernah buka puasa dengan azman yatim lagipun.
lepas je habis makan apa semua, gua pun macam biasa la, nak tanda kawasan, carik la tandas.
bila gua jejak je kaki kiri kat dalam tandas tu, gua tengok keadaan tandas tu dah macam medan selera dah.
bersepah-sepah habis.
siap ada yang dah basah kuyup dah main air punya pasal.
gua rasa ada la dalam lapan orang budak-budak yang tengah berpesta air tu.
umur pulak pukul rata ada la dalam 3-4 tahun sekor-sekor.
basah sana-sini. diselang seli dengan jerit pekik anak-anak yatim
yang gua saspek sememangnya enjoy je sebab dapat main kejar-kejar dalam tandas tu.
dalam pada gua geleng-geleng kepala tu, terdetik pulak dalam hati gua ni.
ni kalau gua gegar budak-budak ni, best jugak ni.
so gua pun test market.
"haaaaaiiiippppp." separa menjerit. tak la kuat sangat. tapi tinggi sikit jugak la fidelity suara gua tu.
dengan niat bergurau.
tak semena-mena, suasana terus bertukar hening.
semua budak-budak tu otomatik menghentikan segala jenis aktiviti yang dorang tengah buat.
setelah dua tiga empat detik, ada dua orang budak kecik, gua rasa dalam umur tiga tahun kot, dah start nangis.
siap buat muka takut lagi.
gua pun apa lagi, terus tak jadik nak berak la.
cuak punya pasal, gua pecut keluar tandas, cucuh rokok sebatang, lepak atas motor.
sepanjang gua bermastautin atas motor tu, tak sudah-sudah gua beristighfar.
rasa nak nangis pun ada jugak.
kesian gua tengok budak-budak tu.
dah la kecik-kecik lagi, anak-anak yatim pulak tu.
itu jam baru gua tau yang gua dah buat pilihan yang silap.
patutnya gua join dorang main pancut-pancut air tu.
bukannya buat lawak bergurau tak kena tempat.
sehingga gua menulis entree ni pun, gua masih tak abis sebak lagi bila teringatkan balik muka budak yang nangis sebab kena jarkah manja dengan gua semalam tu.
rilek la burn, gua tak sengaja.
sebelum gua balik, gua sempat dukung budak tu, tanya nama dia.
dia jawab nama dia bakar.
huh terus gua panggil dia burn.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment