semalam gua kerja shif malam.
setelah sekian lama gau tak masuk shif, kerja malam semalam telah membuatkan kepala gua pening, dan hampir-hampir nak demam.
itu satu hal.
satu hal lagi, dah la gua kerja habis pukul 6 pagi, lepas tu pukul 7.30 pagi pulak gua nak kena terpacak kat depan rumah bos gua.
kena pegi meeting kat KL.
ini memang bangsat punya kerja namanya.
konfem la selepas sahur, gua tak boleh nak layan tido.
kalau gua tido jugak, lepas tu dibuatnya terlajak, tak ke mampos gua kena cincang hidup-hidup dengan bos dua?
nak tak nak, gua kena set kan juga mental gua ni agar menghadap apa saja cabaran yang dicampakkan ke atas gua time bulan puasa ni.
tapi, gua pun tak berapa yakin sangat dengan diri gua bila time meeting ni.
gua pasti, kalau pun gua tak terlelap masa meeting tu, paling busuk pun mesti gua akan tersengguk-sengguk.
itu pasal la setiap kali gua tau kalau gua kena masuk meeting, gua harus membuat preparation paling koman pun sehari sebelum.
sebab gua paham sangat dah kapabiliti badan gua kalau bersangkut-paut dengan hal-hal mesyuarat ni.
habis je keja pukul 6 pagi tadi, gua balik bilik.
gua layan iron baju seluar apa yang patut.
memang sengaja gua nak iron time-time tu sebab nak habiskan masa sementara nak tunggu pukul 7.30.
kalau gua iron awal-awal, dah takde keja pulak gua nak buat satu setengah jam tu.
bila takde keja, mula la mata ni buat perangai nak tutup je.
kalau tutup tu senang nak buka, tak pe la.
ini tak, gua terpaksa gunakan skill ayat-ayat dr fadzillah kamsah semata-mata nak buka mata bangun dari tido.
walaupun tak tido, gua tetap terlajak juga macam biasa.
7.45 baru gua sampai kat rumah bos gua.
tapi yang peliknya, tiada tanda-tanda kehadiran manusia di halaman rumah dia.
gua dah cuak dah.
dah la gua terlambat, ini kalau dia dah tinggalkan gua, balik nanti memang sah gua jadi lauk buka puasa dia ni.
mampos.. mampos..
gua parking motor slow-slow. gua lepak atas pangkin bawah pokok jambu depan rumah dia.
henset yang dah ada kat tangan gua ni, gua genggam erat-erat.
ingat nak telepon dia. tapi dalam hati gua punya cuak, tuhan je yang tau.
last-last gua nekad. gua scroll carik nama dia langsung gua tekan butang hijau. seksa gua pun bermula;
"assalamualaikum tuan. tuan kat mana? saya dah kat depan rumah tuan ni.." gua cuak-cuak berani je cakap tu. kalau nak diikutkan, memang gua tak berani langsung. mana la tau kalau-kalau bos gua tu belum jauh lagi ke. boleh la gua suruh dia patah balik amik gua.
suruh dia patah balik? nak mati?
"waalaikum salam. hah kau buat apa kat depan rumah aku tu?"
cilake. dia boleh tanya gua balik apa yang gua buat kat depan rumah dia. ini satu mutasi!
gua dah saspek lain macam dah bila gua dengar tone suara dia macam kutu baru bangun tido je. takde langsung bunyi background kereta ke, hon ke, enjin motor mat rempit ke.
"eh kata nak pegi meeting kat KL tu. ni saya dah ready la ni."
"hoi lahanat! kau sahur makan racun tikus ke apa pagi tadi? meeting tu esok la. yang kau gila datang sehari awal ni apahal?"
babi! gua dah kena jual. senyap-senyap dalam hati, gua tanamkan azam.
ajutan gua ni memang nak makan pelempang agaknya.
haram jadah apa yang dia bagi gua tarikh meeting salah ni.
dalam hati gua, memang dah tak terkira berapa banyak maki hamun yang gua dah lemparkan terhadap ajutan gua tu.
gua dah tak kira dah itu jam bulan puasa ke, bulan muharam ke, bulan kemerdekaan ke.
dah alang-alang gua dah terlajak maki hamun, gua start moto cepat-cepat, gua rempit laju-laju supaya cepat sampai ke bilik gua.
penyudahnya, belum pun pukul 8 pagi lagi, setengah balang air ribena gua dah sesah.
pekena rokok dua batang, gua sambung tido.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment