ada satu kes di mana gua telah menghadiri satu majlis pernikahan seekor jibauk bernama kuya.
kuya ni geng-geng gua masa kat labuan dulu.
lepas je jibauk ni pindah ke kerteh, entah jembalang mana yang dah merasuk dia, tau-tau gua dengar dia dah ready je nak kawen.
dalam hati gua, lantak lu la. dah sampai seru la tu.
majlis tersebut telah diadakan kat rumah pengantin pompuan.
kat mana entah gua pun dah lupa.
tapi yang gua ingat ialah, hari tu gua sarung baju melayu hijau rembat abang dia punya.
sebab famili belah dia semua pakai hijau.
tapi apa kena-mengena dengan gua, gua malas tanya.
orang nak bagi baju, gua sebat je.
bila semua dah ready, tok kadi pun start la sesi suai kenal dengan kuya ni.
tanya apa yang patut sikit-sikit pasal basic rukun-rukun agama apa jadah semua tu.
kuya pun gua tengok dah tak senang duduk dah.
kejap-kejap betulkan songkok.
gua saspek kuya tengah nak cover lap peluh kat dahi tu.
"haa cuba kamu beristighfar." cucuk tok kadi tu kat kuya. setelah beberapa siri soalan berjaya dijawab oleh kuya secara menggigil-gigil.
gua dari jauh tengok steady je. sebab pada hemat gua, kalau setakat suruh istighfar tu, takkan la kuya tak boleh buat kan.
budak-budak darjah dua kat pakistan tu pun kalau suruh istighfar, selamber je dorang. inikan pulak kuya yang dah tua tu.
"err.. errr.. tok tolong demo sikit, tok. saya bukannya tak tau, cuma keliru je."
cilake punya kuya!
gua yang jarak lebih kurang 4-5 meter kat belakang dia dah nak tepuk dahi dah.
takkan tu pun lu kantoi. apa jenis islam lu ni.
"ok la. tok baca sikit, lepas tu kamu sambung ye."
pehh nasib baik tok kadi tu sempoi.
kalau gua yang jadik tok kadi tu, ada gua tapak muka kuya kat situ jugak.
"astaghfirullah al a'ziim, allazi... haa sambung."
gua nampak muka kuya macam ada harapan je. mungkin kuya dah dapat recall la tu. gua pun tumpang lega jugak.
dan kuya pun menurut perintah;
"astaghfirullah al a'ziim, allazi yuwas wisufi sudu rinnaas.."
lancar je ayat tersebut mengalir daripada mulut kuya. tanda keyakinan dah meresapi sanubari.
habis je gua dengar kuya beristighfar mana punya versi entah, terus tak pandang kiri kanan gua bingkas bangun keluar ikut pintu belakang.
gua perasan abang dia pun follow gua sekali.
di celah-celah tong gas kat belakang rumah, gua dengan abang dia punya la bantai gelak berguling-guling atas rumput.
gua tak tau apa yang dah terjadi kat kuya kat dalam rumah tu.
last gua dengar tok kadi dah buka silat.
gua saspek kuya memang betul-betul dah kena tapak kat muka kot.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment