"oi malaun. lu puasa ke tak hari ni?"
soalan jenis cilake yang dilontarkan oleh nizam sebaik saje dia muncul kat tower rajawali dulu.
enam tahun lepas mungkin. gua pun dah tak berapa nak ingat dah.
itu jam gua kerja kat tempat navy.
tower tu la yang merupakan tempat paling selamat kalau nak buat aktiviti-aktiviti mungkar.
tak kira la bulan puasa ke atau bulan apa-apa sekali pun.
kalau kena gaya dia, pernah ada tujuh ekor setan mengeport kat tower yang hanya boleh memuatkan kapasiti empat orang manusia je tu.
"sial la. lu ingat gu ni macam lu ke? tak dapat bezakan mana yang wajib, mana yang haram."
balas gua sambil menjeling jam di dinding. sial! awal lagi. tengah hari pun belum lepas lagi.
"hehehe.." itu je balas nizam sambil melabuhkan bontotnya di atas lantai. langsung menyalakan dunhill. gua saspek cilake tu mesti dah port kat kedai cermin gelap sebelum naik tower ni.
nikmat semacam je gua tengok.
gua buat tak reti je. lantak lu la.
gua jeling jam lagi.
sial lagi! jarum minit baru bergerak setakuk!
ini kalau ada tiga empat ekor setan lagi naik tower, buat perangai lahanat macam nizam ni, ada barai pulak puasa gua ni kang.
gua berazam walau apa pun terjadi, setakat nizam hisap rokok depan gua, gua takkan goyang.
menjalankan ibadat puasa diselang-seli dengan ujian, baru la feel nikmat berpuasa tu.
kalau setakat puasa je, tapi takde ujian, tak meningkat la iman tu ye tak?
menjeling sekali lagi ke arah jam dinding, jarum minit dah bergerak banyak dah.
tapi masih belum cukup syarat untuk gua guna ayat good afternoon lagi.
"lu port mana tadi der? dengan sape?" memandangkan takde benda gua nak sembang dengan nizam, jadi itu saja la soalan yang gua rasa sangat relevan dengan situasi masa tu.
"beli tapau tadi. gua dengan andy. port kat stor enjin tu. patut dengan kerbau sekali. tapi dia kena gegar ke FOC. so kami dua orang je la. apasal?"
gua mengeluh. saje je gua taknak jawab soalan si nizam tu.
setelah gua menjeling ke arah jam dinding untuk ke sekian kalinya, gua terus mengeluarkan arahan lisan yang tegas;
"ok nizam. sekarang lu pegi bawak kerbau punya bahagian naik atas. tapi sebelum tu, tinggalkan rokok lu tu kat sini!"
sambil mendengar tapak kaki nizam deras menuruni anak tangga, sambil tu jugak la gua bermonolog.
huh! tak payah tunggu tiga empat orang naik, nizam sorang je dah boleh buat puasa gua barai merata-rata.
cilake!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment