Saturday, 6 August 2011

siri bercakap dengan bola - Ep 4; hak gua dinafikan

setelah.. setelah gua rasa ada la dalam lima tahun, mengambil kira waktu mula-mula gua dilanda kecederaan ACL dulu, baru la gua dapat merasa nikmat bermain bola di atas padang rumput.
kali ni memang betul-betul punya main bola.
kalau setakat main futsal tu, huh, tak payah nak sembang la.
standard anak-anak ikan mak je.
walaupun gua main futsal, tapi gua tak berapa layan sangat.
sebab gua ni jenis yang suka main berlari jauh-jauh.
kalau main futsal yang padang besar sekangkang beruk tu, haram takde fight langsung.

tiga empat bulan yang lepas, gua telah diterima menjadi seorang pemain bolasepak sebuah kelab yang berpangkalan di kelana jaya.
gua dipilih atas faktor sahabat, atau faktor bakat, itu gua tak tau.
gua malas nak pikir. janji gua dapat main bola.

dan seperti mana lumrah sebelum-sebelum ni masa gua main bola, gua pasti akan praktikkan pemakaian seluar panjang.
kalau main futsal pun paling koman gua akan layan seluar dockers.
tak penah dalam hayat gua main pakai seluar pendek.

bukannya gua nak bagitau yang gua ni kuat agama ke nak tutup aurat apa semua ni.
semayang gua pun rabak ke laut, apa cerita nak sembang pasal tutup aurat ye tak.
gua memang tak biasa atau tak selesa kalau main bola pakai seluar pendek ni.
 haaa kat atas ni satu daripada berpuluh match yang sempat gua main dengan seluar panjang lotto gua.
masa ni team mates gua pun cincai-cincai je. tak organise baik punya lagi. 
jersi pun gua tak tau kat mana punya ampaian kilang dorang rembat. siap ada nama tulisan cina lagi kat belakang.

lepas je team kami ada sponsor sikit, mula la organise yang betol punya.
sponsor abis daripada jersi sampai ke stokin.
itu jam gua rasa memang dah tak sedap hati dah. macam-macam perasaan bersarang kat lubuk hati gua.
kali ni, gua memang kena pilih satu daripada dua je pilihan yang disuakan.
jadi, nak main bola punya pasal, gua amik pilihan yang kedua.
semoga Allah mengampunkan dosa gua. amin.
maka jadilah gua seperti malaun-malaun yang tengah main bola kat dalam dua gambar diatas.
gua tak tau lagi nak ngadu kat saper. kalau gua buat perangai pegi report jugak kat SUHAKAM, SUARAM atau majlis peguam, gua pasti tak sempat masuk pejabat dorang lagi, kat pintu pagar je gua dah kena halau dah.

hak gua untuk memakai seluar panjang main bola terang-terang telah dicabuli secara sadis.
hoi JAIS, lu orang buat apa? tak nak fight untuk gua ke? 
 

No comments:

Post a Comment