gua ingat citer ni kalau tak silap jadi masa sebelas tahun dahulu kot.
masa tu gua betol-betol baru habis kadet.
kepala pun botak lagi, muka jangan cerita la. berminyak masa kena lanyak time kadet tu pun tak kering lagi.
habis je kadet, report labuan terus.
gua, asan, nik dan badak.
gua, asan dan nik report tower. badak sekor je yang lepas ke empat divisyen.
hidup kami bertiga masa tu memang macam neraka. senior-senior pulak masa tu perangai sekor-sekor macam lahanat.
jenis kejam tak ingat dunia punya.
akhirat, gua saspek itu pun dorang tak ingat.
bulan puasa kat sana, memang berlalu dengan sia-sia je la untuk diri gua.
seingat gua la, takde sehari pun yang gua sangkut berpuasa.
nak puasa apa kejadahnya!
dah pagi petang siang malam kena lanyak, tok lebai pun boleh jadik pukak puasa time pukul sebelas.
tapi gua rasa, kalau tak kena lanyak pun, barai jugak kot puasa gua.
tutup cerita pasal puasa dulu, sebab tajuknya pun dah sangkut ke raya kan.
empat hari sebelum nak raya tu, memang menjadi kebiasaan tudm akan melakukan penerbangan ala-ala ihsan menggunakan pesawat c130 untuk mengangkut kutu-kutu yang membujang balik ke kampung halaman.
makanya, gua, nik dan asan pun memang tak terkecuali la.
hati pun mekar berbunga.
setelah berbincang lebih kurang dengan senior-senior, maka keputusan pun diperolehi.
mereka membenarkan kami bertiga balik kampung naik pesawat tu.
bonus katanya. memandangkan kami bertiga pun dah lunyai kena lanyak macam binatang dah.
ikut jadual, pesawat akan berlepas esok paginya jam lima pagi.
jadi, petang tu gua pun berkemas la macam jakun.
bukan gua sorang je, asan dan nik pun gua tengok berkemas dua kali ganda jakunnya dari gua.
maunya tak. gila la kalau gua bayangkan first time beraya bukan kat kampung.
kalau dekat-dekat takpe la.
ini kat labuan tu bai!
rekod paling cepat perjalanan gua dengar kalau ikut laut pun 22 jam nak sampai ke johor tu.
itu pun naik bot laju navy punya.
kalau naik kapal biasa, gua rasa sampai nak raya haji pun belum tentu gua dapat beraya lagi tu.
beg semua dah siap. tunggu masa je gua nak campak dalam kargo esok pagi.
tapi petang tu lepas pekena singapore chicken rice, gua dan asan bajet nak lepak tower la.
kononnya boleh la salam-salam dengan senior apa yang patut.
bagi dorang jeles sepam dua ke.
sampai je tower, sedang kami melepak sila panggung, pekena gin rummy seround dua, lif berbunyi.
semua mata tertumpu ke arah skrin monitor yang memaparkan imej yang dihantar oleh cctv kat lif tu.
"sial! itu boss!" gua lupa pulak saper yang mencarut time tu. tapi yang pasti, segala peralatan perjudian memang dah clear dalam masa tak sempat nak kelip mata.
apa cilake pulak yang bos nak buat datang tower time-time macam ni? pegi la balik rumah tolong bini masak ke, tebas rumput ke, kukur nyor ke, semayang sunat ke apa yang patut.
sebab memang tak patut la kalau dia nak datang port kat tower time lahabau-lahabau semua tengah operate kerja-kerja mungkar ni.
usai anak tangga yang ke last bos langkah, macam biasa la, kutu-kutu semua buat muka suci puasa ahli sufi kononnya, hulur la tangan bersalam apa bagai.
sampai je turn gua bersalam terus dia bertegur mesra;
"eh korang esok naik pesawat ke? beg dah siap kemas semua?"
soalan yang gua saspek dia tujukan kepada kami bertiga.
"err dah tuan. pukul 5 pagi esok door close"
"hmmm bagus bagus. tapi korang tau tak pegawai muda yang baru lapor unit, tak boleh balik kampong atau mintak cuti selagi belum sampai tempoh 6 bulan?" soalan diajukan sambil hikmat mengankat kening menandakan bahawa bos gua tu memang tengah serius. bukan bergurau punya.
tanpa menunggu kami memberikan jawapan, dia terus melangkah ke belakang semula menuruni anak tangga satu persatu dengan tenang.
petang tu, tak cakap banyak kat tower tu jugak gua bancuh nescafe. keluar lepak beranda hisap rokok. pegi mampus la orang nampak ke tak. gua memang dah patah hati. cilake!
senior pun dok pakat monitor gua dari jauh je. takut gua terjun tower.
cerita tu tak habis di situ je.
hari raya pertama, asan kejut gua bangun dari tidur.
sambil memberitahu yang dia dapat 57 miss call, pakej dengan satu text message.
"gua tau la lu orang marah kat bos. tapi jangan la sampai tahap nak sia-siakan aidilfitri lu orang kat pulau ni. bos buat open house tu. pegi la jenguk. kah kah kah."
macam cibai je gua baca mesej bakar darah daripada mat piah.
aidil fitri bangsat apa kalau bagnun tidur pun dah pukul 4 petang. perut lapar, gua dan asan pegi melantak kfc.
nama nak pegi rumah bos gua walaupun makan free, jangan harap!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment